Friday, September 30, 2011

Janji dilupakan

Perasaan hati masih berkecamuk.

Samada menunggu, membiarkan hati dipergunakan, atau melepaskan si dia pergi.
Tapi aku dapat rasa, cinta dan kasih sayang si dia tidak sekuat dulu.
Makin mengurang, makin menipis dan tak kisah untuk melukakan ati aku lagi.

Dan segala janji-janji si dia kepada aku, makin menghilang dan takkan ditepati lagi.



Ya Allah, aku bermohon padamu, Kau berikanlah jodoh yang baik-baik kepada si dia dan Kau berikanlah kebahagiaan kepada si dia dan pasangannya seperti mana Kau pernah berikan kebahagiaan kepada kami berdua pada jodoh yang lalu. Dan Kau berikanlah kekuatan kepadaku untuk menempuhi segala dugaanMu kepada ku Ya Allah. Aku akan menerima qada dan qadarMu tanpa sebarang persoalan. Insya-Allah.

Friday, September 16, 2011

Stupid & Crazy

Walaupun aku dah diberi petunjuk satu demi satu oleh Tuhan, tapi masih ada perasaan degil untuk baikpulih hubungan kami. Dan walaupun petunjuk yang diberikan itu, sangat melukakan hati, tapi aku masih boleh bertolak ansur dengan segala petunjuk itu.

Sehingga aku memberi cadangan yang tak logik di akal manusia biasa kepada si dia. Dan masa yang sama memperbodohkan diri sendiri, dengan diperlakukan macam tu.

Dan aku tahu, jauh sudut ati dia, dia tersenyum sebab mendapat kebenaran sebegitu rupa, dan masa yang sama, dia akan kata yang aku ni dah gila dengan memberi kebenaran macam tu.

YES, I AM STUPID!

Sunday, September 11, 2011

Usaha

Baru kelmarin, ada ura-ura rasa nak berenti hubungi si dia. Nak teruskan hidup tanpa si dia di hati ini.

Tapi arini, hati goyang kembali.

Rasa nak teruskan hubungan yang sedia ada walaupun hubungan mulai goyah. Ye, hubungan memang goyah, tapi kalau aku menarik diri, dah tentu-tentu lagi bertambah goyah dan jadi roboh. Sekurang-kurangnya, biar aku usaha dulu, paku mana yang patut, tampal dan buat balik bahagian yang dah berlubang, sampai la rasa takleh bertahan jugak, terpaksa biarkan hubungan itu roboh sendirinya.

Biar aku usaha dulu dan takkan dalam banyak-banyak usaha tu, takda satu yang berikan hasil kan. Insya-Allah, ada jodoh aku dengan si dia nanti, harap mudahlah si dia untuk kembali pada aku.



Ya Allah, aku bermohon padaMu, jika jodohku benar-benar bersama Shah Effendy, Kau dekatkan ku dengan dia, moga hubungan kami lebih erat dan bahagia dan semoga kasih sayangku kepada Shah Effendy tidak melebihi kasih sayangku kepadaMu. Andainya tidak jodohku dengan Shah Effendy, Kau berikanlah kekuatan kepadaku untuk menerima segala ketentuanMu.
Amin~~

Friday, September 9, 2011

Sedar

Sekarang bila aku pikir-pikirkan, nampaknya aku sorang je yang dok berusaha untuk baik pulih hubungan tu sejak sebulan dua yang lepas..

Dan rupanya dia, takda sebarang usaha pun..

Damn!

Aku ni yang sibuk amik berat dia kat mana, dia buat apa, tapi ada dia kisah nak call aku tanya benda yang sama?? Selagi aku tak mula SMS dia, selagi tu dia tak rasa nak SMS aku. Selama kami dalam hubungan bertunang tu, dia tak kisah nak balik jumpa aku. Dan agaknya kalau aku ni takda training kat sana, takdala kami ni nak jumpa.

Tapi bila jumpa pun, dia takda rasa excited macamana aku excited nak jumpa dia. Nak bermanja dengan dia. Dan dia meneruskan rutin seharian walaupun aku bersama dia. Macam aku ni boleh selalu jumpa dia sana...

Patutla orang kata, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Dan bila aku menghulurkan tangan, belum tentu dia akan menyambut dengan serta merta.

Sekarang aku rasa aku perlu teruskan hidup tanpa si dia lagi.

Tak bermakna segala usaha dan cinta aku kalau dia taknak membalas.

Wednesday, September 7, 2011

Gelap

Keadaan yang nampak bahagia tu, dah kembali suram.

Semalam, si dia ke rumah pakcik untuk settlekan hal-hal yang berkaitan. Aku memang tak tahu apa cerita yang terjadi di rumah pakcik tapi setibanya aku kat rumah, banyak cerita yang kurang enak.

Sedih.

Walaupun kami tidak lagi bertunang, tapi aku harap sangat hubungan baik sesama keluarga dikekalkan. Bagi aku, hal-hal antara kami berdua tak sepatutnya melibatkan ahli keluarga. Tapi aku agak terkilan dengan ahli keluarga aku.

Marah, menuduh, mengambil peluang untuk cuci fikiran si dia, mengata belakang-belakang dan mencampur adukkan hal harta dengan hal aku. Sungguh aku terkilan. Dan aku tak salahkan si dia kalau si dia terasa hati.

Aku ingatkan peluang untuk bersama makin cerah tapi nampaknya dah gelap balik.

Mungkinkah ini petunjuk untuk aku teruskan hidup tanpa si dia. :(

Tuesday, September 6, 2011

Happy!

"Saya comei tk?"

SMS dari si dia:

Cmel rasa nk pluk cium je



padahal takdela comei sgt pn. sigh

Monday, September 5, 2011

Rindu

Sehari dua yang lepas, hubungan aku dengan si dia betul-betul dah baik. Dah mula dapat bincang tentang perkara yang terjadi. Dan masa yang sama, masing-masing meluahkan perasaan masing-masing, iaitu masing-masing masih cinta dan rindu satu sama lain.

Ada perkara yang si dia rindukan untuk buat bersama aku, dan begitu juga aku. Dan kalau jarak kami dekat, nak je aku pergi jumpa dia dengan sepantas kilat. Nak tunjukkan dan bagitahu dia, macamana banyaknya perasaan rindu aku dekat si dia. Rasa nak peluk-peluk seerat mungkin kalau yang itu boleh buatkan hilang rasa rindu. Dan bila hati aku senang dengan respons si dia, muka aku kembali nampak glowing. Kalau tak, muram tak tahu nak senyum yang macamana.

Tapi ntah nape aku masih risau...

Aku harap kebahagiaan yang dikecapi masa ini, berkekalan dan dilanjutkan sehingga kami menjadi kekasih halal.

Sunday, September 4, 2011

True Color

Bila si dia cakap yang si dia nak kawan dengan aku balik, nak mulakan balik proses berkenalan, aku rasa tempoh perkenalan kami dah cukup untuk buat si dia mengenali aku hampir 100%. Sebab dengan si dia, aku selalu tunjukkan true color aku. Which mean, aku tak pernah nak berlakon atau pura-pura depan dia.

Dan tentang diri dia pun, aku dah kenal hampir semuanya. Dari sebaik-baik perangai dia sampaila seburuk-buruk perangainya. Dan aku setiap hari cuba belajar untuk menerima segalanya tentang dirinya.

Kenapa si dia tak boleh buat benda yang sama.

Aku tahu, jarak yang membuatkan hubungan kami semakin jauh. Sebab-sebab yang dia bagi aku tu, cumala anak-anak kepada punca sebenar kami renggang. Dulu kami selalu berdua kemana-mana. Makan bersama-sama, aku selalu teman dia buat kerja, si dia teman aku jumpa kawan-kawan aku, begitu juga sebaliknya. Kami selalu tengok wayang sama-sama, aku jaga dia masa dia tak sehat. Dan kalau masing-masing merajuk di depan mata, pujukan tak ditangguh sehingga satu-satu masa dan terus boleh bergurau senda..

Sekarang, kami berdua jauh. Masing-masing sunyi, tiada teman disisi. Tiada teman untuk bermanja dan teman untuk share cerita serta masalah. Jadi, semua isu berbangkit.

Aku lebih suka kalau berkenalan dalam alam perkahwinan. Insya-Allah, tak ada kekangan dan rintangan lagi dari famili dan orang lain. Sebab masa tu, hubungan kami sudah halal dan sudah tentu aku pun taknak berjauhan lagi dengan si dia. Dapat tinggal sebumbung sebilik sekatil dengan dia.

Dan sebagai isteri tika itu, aku dah tak boleh sebarangan ikut kata hati tanpa berbincang dengan si dia. Sebab nanti, apa jua keputusan, dibuat atas kepentingan bersama, kepentingan aku dan dia. Bukan lagi kepentingan aku seorang.

Tapi, itu semua cuma pendapat aku..

Tepuk sebelah tangan, tak akan berbunyi...

SMS

Antara SMS si dia:

"Awk x pernah nk dgr ckp sy...awk suka wat keputusan tanpa bincang dgn sy....awk x pernah nk hormat sy sbgai tunang awk....dan awk suke wat keputusan tanpa berfikir panjang bila awk dlm keadaan marah dan tertekan"

"Awk jgn risau....kita start blik dari scandal"

"Sy nk kenal awk btul2"

"Sy tkut awk nanti ada org lain ke"

"Bleh...biar peluang terbuka"

Dan perasaan aku tika ni,bercampur-campur.

Sedih, Terkilan, Menyesal, suka.

Akhir Hubungan

1hb September 2011 (Raya ketiga)... Genap setahun sehari kami bercouple.

Berakhirnya suatu hubungan antara aku dengan si dia...

Mak si dia, nenek dan adik si dia datang ke rumah. Mula-mula aku ingat diorang nak bincangkan tarikh untuk kenduri kami tapi rupanya diorang datang untuk putuskan hubungan tunang.

Jadi, aku dengan si dia dah takda apa-apa...

Cincin dan duit cengkeram nak dipulangkan tapi pihak si dia, halalkan segala pemberian tu. Dan masa aku nak hulurkan cincin tunang tu balik dekat nenek si dia, nenek si dia sarungkan balik cincin di jari manis aku balik... Tetiba masa tu keadaan terus jadi sebak.

Sedih.

Sapa yang tak sedih.

Antara banyak-banyak lelaki yang aku pernah kawan dulu, hanya si dia yang paling aku serius. Aku tak penah lansung pasang niat nak cari pengganti untuk si dia. Dengan si dia jugak, aku bole tepis godaan shopping, tepis godaan enjoy dengan kawan-kawan asalkan aku dapat bersama si dia. Setiap kali aku pergi KL untuk tujuan kerja, serta merta tujuan utama digantikan untuk berjumpa dengan si dia.

Sebab aku betul-betul cintakan dia.
Hanya dengan mendengar suara darinya, hati mampu senyum dengan sendiri.


Ya Allah, aku bermohon padaMu, jika jodohku benar-benar bersama Shah Effendy, Kau dekatkan ku dengan dia dan semoga kasih sayangku kepada dia tidak melebihi kasih sayangku kepadaMu. Andainya tidak ku dengan dia, Kau berikanlah kekuatan kepadaku untuk menerima segala ketentuanMu.