Saturday, November 5, 2011

SMOTD: 5 Nov

Sweet Message Of The Day:


seronok dpt mkn sushi dgn awk td..... ummmmuuuaaahh



sy pun memang tunggu nak makan dengan awak sayang

Simbolik

Sepatutnya hari ini patut menjadi hari yang paling bersejarah bagi aku dengan dia, kerana pada awal pertunangan, kami merancang untuk bersanding hari ini. Tadi aku ternampak-nampak betapa meriahnya majlis kami hari ini tapi itu cumalah sekadar khayalan.

Aku terima dengan hati yang lebih terbuka berbanding sebulan dua yang lepas, mungkin bukan tarikh ini yang menjadi tarikh bertuah untuk aku. Mungkin di masa akan datang, tarikh yang lebih baik akan menjadi saksi untuk hari pernikahan dan hari persandingan aku dengan jodohku nanti.

Tapi walau macamana sekalipun, tarikh semalam tetap mengukir sejarah tanpa dirancang, yang tetap menjadi simbolik untuk cinta kami. Harapnya yang masih menjadi cinta milik kami berdua, bukan aku seorang.

Boleh dikatakan tarikh ini, mengikatkan kembali hubungan kami berdua. Yang menjadikan aku kembali diterima dalam keluarganya secara tidak lansung. Si dia juga mula berterus terang tentang keadaan yang telah terjadi antara kami berdua, dan perancangan dia pada masa hadapan. Penjelasan si dia sikit sebanyak membantu dalam memujuk hati aku ni.

Moganya arini bakal menjadi titik permulaan untuk hubungan kami yang lebih baik pada masa depan. ;)

Friday, November 4, 2011

Bayangan

Di saat ini, aku membayangkan si dia tengah berdebar-debar untuk melafazkan akad dan bersedia untuk berjanji setia dengan ku selama hayat dikandung badan.

Selepas beberapa ketika di saat melafazkan akad, aku membayangkan diriku begitu terharu dan bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Tapi itu semua hanya bayangan ku ketika ini.

:(

Thursday, November 3, 2011

Tabah

Dimana ketabahan hati ini untuk melupakan dirinya...

Awalnya, aku rasa aku sangat kuat untuk melarang dia kembali dalam dunia fikiran ku. Tapi semakin hari, pintu larangan itu terbuka sikit demi sikit dan akhirnya terbuka luas untuknya kembali menerokai fikiranku ini.

Tika ini, fikiranku setiap minit fikirkan tentang dirinya. Rindukan saat-saat bersama dirinya. Fikirkan apa yang akan terjadi pada masa depan. Tapi dimana pengakhiran hubungan yang tak pasti ini. Hubungan yang masih dalam keadaan menarik rambut dalam tepung.

Perasaan semua pihak aku perlu amik kira, bukan semata-mata perasaan aku. Tapi, aku akui sekarang aku bertindak mementingkan diri dengan beranggapan aku bole cuba jernihkan hubungan yang keruh itu.

Semudah itu ke?



Ya-Allah, jika jodohku dengan Shah Effendy Samsuri masih kuat, Kau permudahkanlah hubungan ku dengan dia, Kau dekatkan lah kami berdua sepertimana Kau pernah dekatkan kami sebelum ini, mudahan ianya lebih baik daripada sebelum ini. Jika bukan jodohku dengan dia, Kau jauhkanlah dan pisahkan kami jauh-jauh, dan temukan ku dengan jodoh ku supaya aku dapat melupakan dia dari fikiran dan hatiku. Amin~