Wednesday, November 27, 2013

dunia aku tidak selalu indah

Sebulan dua ni, aku kerap menghadapi situasi tegang bersama bonda. Bonda kerap sensitif atas benda yang tak sepatutnya. Aku pernah consider seandainya aku berada di tempat bonda, tapi masih aku tak dapat feel macam yang bonda rasa. Mungkin sebab aku selalu compare dengan perwatakan ibu-ibu yang lain, yang selalu bertolak ansur dengan anak-anak mereka.

Maaf, zaman membesar aku agak berbeza dengan orang lain. Mungkin juga ada yang lebih kurang cuma jarang yang membesar dengan status anak tunggal. Sebelum aku mulakan tadika, aku membesar dengan bonda dan ayah. Hanya mulai tadika sehingga bermula zaman sekolah menengah, aku membesar dengan tok dan arwah wan ku. Walaupun sekejap, aku kira-kira dalam enam tahun, tapi tahun-tahun tersebut antara yang bermakna dan paling bernilai dalam hidup aku. Dalam tempoh itu, antara tempoh yang paling gembira dan hangat dalam keluarga aku sebelum ayah aku mula membina keluarga lain dan pakcik aku menamatkan zaman bujang.

Ketika ayah mula memulakan keluarga baru di tempat lain, aku tidak merasa kesan tersebut sebab aku masih ditatang dan dimanjakan oleh tok dan wan. Pasti yang sangat merasa terkesan ialah bonda. Yang bonda sibuk mempertahankan sebagai isteri pertama dan sibuk cemburu dengan keluarga baru. Masa tu aku sangat tak faham, tapi bila aku dah dewasa, elokla kalau bonda mampu bersabar dengan pemintaan ayah masa tu. Ayah bukan jahat sangat, dia cuma tamakkan anak lelaki je

Ketika aku berdarjah lima, bonda mula hidup berseorangan sebab bonda tidak lagi mengalu-alukan ayah. Yelah, aku kan tinggal dengan tok dan wan. Ayah memang ada pulang tapi selalu disambut dengan pergaduhan dari bonda. Ayah pun tak pandai nak berbincang dan pujuk bonda elok-elok sebab masing-masing dalam keadaan panas.

Mulai menengah, baru aku mulai temankan bonda di bandar. Itupun, teman ketika malam dan hujung minggu. Aku mula hidup berdikari, naik bas atau Star LRT ke sekolah sendiri, pergi tusyen sendiri, cari makan sendiri untuk pagi, tengahari dan malam, duduk umah sorang-sorang, layan tv sorang-sorang, kalau nak dibandingkan masa-masa tinggal dengan tok dan wan, dihantar-diamik kat sekolah dan tusyen, tok dah sediakan minum pagi, makan tengahari, makan malam, tengok tv bertemankan tok dan wan, kalau kena marah pun, dah ada tempat nak ngadu.

Lima tahun aku tinggal bersama bonda, yang kadang-kadang ditemani oleh tok dan wan dari kampung. Kemudian, aku hidup bebas tanpa pemantauan mereka semua, untuk tempoh hampir enam tahun semasa aku melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya. Sebaik graduat, kembali tinggal dengan bonda.

Sekembali tinggal dengan bonda, hubungan kami senantiasa tegang. Ada saje yang tak kena di pandangan mata bonda, lagi-lagi pilihan untuk menjadi kekasih hati dari dulu sampai sekarang. Kongkongan untuk keluar dengan kawan-kawan. Kongkongan untuk berbelanja.

Sekarang ni, bukan setakat itu yang menjadi isu. Malah berbagai-bagai lagi masalah mulai timbul, dan setiap kali terjadinya situasi tegang tu, aku mulai rasa bonda bukan lagi bonda yang sama aku kenali dulu. Apa sahaja yang aku cuba pertahankan diri, lansung tak bermakna apa-apa untuk bonda. Dan secara berlebihan aku pertahankan, bonda mula menuduh aku berperangai kurang ajar.

Pada usia aku ini, tidak ramai anak dara yang masih belum disunting, yang belum lagi berkeluarga. Rata-rata sibuk menguruskan keluarga baru dan dunia baru mereka. Kalau yang ada pun, dalam perjalanan menamatkan zaman bujang dalam tempoh terdekat. Kecuali sorang dua yang masih belum ditemukan jodoh olehNya. Pada usia aku ni juga, ramai yang mula mengukir senyuman atas kebanggaan diri masing-masing, tentang kejayaan mereka, tentang harta mereka tapi tidak aku.

Kadang-kadang aku frust. Kadang-kadang aku sedih. Aku masih tertanya dan dibelenggu dengan persoalan tentang kehidupan aku ini. Tentang kebebasan, jodoh, kerja, harta dan lain-lain.

Hmmm...



Friday, November 8, 2013

orang yang lupa diri

Baru-baru ni, aku kerap scroll up, scroll down tengok senarai kawan-kawan dalam whatsapp tu. Sebab aku save nama orang lain, tapi keluar muka orang lain. Jadi bila investigate, kawan aku tu dah tukar nombor pun. Nombor lama, lelaki cina yang pakai. Sebab tu aku pelik sangat.

Masa scroll tu jugak, perasan orang tu. Mula-mula buat tak kisah, tapi bila perasankan status dia yang macam berbunga-bunga tu, terasa sesuatu di hati. Mula-mula ok lagi perasaan tu, lama-lama terasa panas hati pulak. Lagi-lagi bila orang tu letak gambar barang kemas, dua tiga hari lepas tu, berkepuk-kepuk duit.

Orang tu, update status macam ni,

13/12/13 one step for a new life, new status and a new family (<3 i="">

Aku, bukan nak cemburu. Sungguh, takda. Orang tu nak kawen dengan siapa pun, aku memang tak cemburu lansung. Walaupun sebulan lepas, orang tu sibuk update bergambar dengan perempuan lain. Aku tahu, dia bukan perempuan yang sama sebab seorang kurus dan seorang lagi chubby. Lebih menyerupai shira (aku pernah mention pasal shira sebelum ni). Dan kalau betul shira sekali pun, sungguh aku tak kisah. Malah, aku rasa lebih baik mereka bersama berbanding orang tu bersama dengan perempuan lain. Sebab, aku pun dah kenal shira tu macamana. Sesuai, sesuai sangat. Kalau la pula perempuan lain yang menjadi pilihan orang tu, perempuan tu akan mendapat simpati aku yang sangat tinggi sebab perempuan tu bakal diserang penyakit makan hati sepanjang perkahwinan. 

Aku masih harapkan orang tu dah berubah, insaf apa yang orang tu pernah buat supaya apa yang aku teka, apa yang aku fikirkan tu, salah. Biar aku meraih dosa atas apa segala tuduhan tapi jauh di sudut hati, aku tahu orang tu tak pernah berubah dan tak pernah puas.

Aku rasa panas hati, bila ternampak-nampak gambar duit yang berkepuk-kepuk tu, panas hati bila ternampak-nampak gambar barang kemas. Yang mungkin akan diberikan pada bakal isteri orang tu. Kenapa orang tu bila ada duit, tak ingat nak bayar hutang dia kat aku. Kenapa jawapan yang aku dapat selepas aku tanya orang tu pasal duit, jawapan yang mengarut. "Saya ada masalah ni, awak tak faham".

Kepala tonjol kau aku tak paham. Aku memang tak paham la kalau kau menipu macam tu. Masalah kau ni, sebab nak kawen. Atas sebab apa kau taknak berterus terang yang kau nak kawen. Dan atas sebab apa kau berat sangat nak bayar hutang tu. Lima kali bayar RM100 pun aku tak kisah la asal kau lunaskan hutang kau tu. 

Aku takut kalau taknak halalkan duit hutang tu, sebab aku memang takda hak. Lagi-lagi kalau duit tu dah jadi darah daging kau. Itu hak Tuhan nak halal haramkan duit tu. Tapi aku tau, duit tu memang tak berkat sebab kau menipu aku bermacam-macam. Tuhan yang tahu, keadaan aku selepas aku berkenalan dengan kau tu macamana.

Beb, tolongla. Dalam ati aku ni, dah berkali-kali aku mencarut kat kau tau. Jangan sampai aku mencarut dan maki kau depan-depan. Kau memang tak reti malu kot?