Wednesday, January 3, 2018

combi yang setahun

Anak dah pun berumur setahun pada bulan lepas. Alhamdulillah, ku panjatkan syukur ku kepada Mu Ya Allah dengan pemberian cahaya mata yang sungguh cerdik ini.

Sungguh aku tak menduga akan diberikan rezeki sebegini rupa. Setiap kali aku bersama anak ku, pasti ada akal-akal baru dibelajar oleh si comel tu. Pasti ada celoteh-celoteh yang menggelikan hati aku dan si dia. Tiada masa yang tidak membuatkan kami kagum dengan kerenahnya. Sudah pandai memahami arahan walaupun perlu berkali-kali ulang untuk cari perhatiannya.

Pada tika ini, si comel tu dah pun ada 7 batang gigi. Empat gigi di bahagian atas, tiga gigi di bahagian bawah. Sekarang si comel masih dalam proses mengenali dan mencuba pelbagai makanan. Marilah doakan semoga si comel banyak ber'geng' dengan aku. Hehehe! Apa yang aku perasan, si comel cenderung untuk selera tempatan. Bukan barat. Aku baru nak cari geng, rupanya si comel tu bergeng dengan si dia.

Namun, buah kegemaran adalah sama! Kami berdua suka mangga. Sangat suka makan sampaikan berebut-rebut makan mangga yang siap dipotong.

Ya Allah, Kau peliharalah anak aku ini dari malapetaka kecil mahupun yang besar. Berikanlah kesihatan yang baik kepada anak ku ini. Kau jadikanlah dia seorang yang solehah, taat kepada Mu, berjaya di dunia dan akhirat. Ameen YRA.