Saturday, November 5, 2011

SMOTD: 5 Nov

Sweet Message Of The Day:


seronok dpt mkn sushi dgn awk td..... ummmmuuuaaahh



sy pun memang tunggu nak makan dengan awak sayang

Simbolik

Sepatutnya hari ini patut menjadi hari yang paling bersejarah bagi aku dengan dia, kerana pada awal pertunangan, kami merancang untuk bersanding hari ini. Tadi aku ternampak-nampak betapa meriahnya majlis kami hari ini tapi itu cumalah sekadar khayalan.

Aku terima dengan hati yang lebih terbuka berbanding sebulan dua yang lepas, mungkin bukan tarikh ini yang menjadi tarikh bertuah untuk aku. Mungkin di masa akan datang, tarikh yang lebih baik akan menjadi saksi untuk hari pernikahan dan hari persandingan aku dengan jodohku nanti.

Tapi walau macamana sekalipun, tarikh semalam tetap mengukir sejarah tanpa dirancang, yang tetap menjadi simbolik untuk cinta kami. Harapnya yang masih menjadi cinta milik kami berdua, bukan aku seorang.

Boleh dikatakan tarikh ini, mengikatkan kembali hubungan kami berdua. Yang menjadikan aku kembali diterima dalam keluarganya secara tidak lansung. Si dia juga mula berterus terang tentang keadaan yang telah terjadi antara kami berdua, dan perancangan dia pada masa hadapan. Penjelasan si dia sikit sebanyak membantu dalam memujuk hati aku ni.

Moganya arini bakal menjadi titik permulaan untuk hubungan kami yang lebih baik pada masa depan. ;)

Friday, November 4, 2011

Bayangan

Di saat ini, aku membayangkan si dia tengah berdebar-debar untuk melafazkan akad dan bersedia untuk berjanji setia dengan ku selama hayat dikandung badan.

Selepas beberapa ketika di saat melafazkan akad, aku membayangkan diriku begitu terharu dan bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Tapi itu semua hanya bayangan ku ketika ini.

:(

Thursday, November 3, 2011

Tabah

Dimana ketabahan hati ini untuk melupakan dirinya...

Awalnya, aku rasa aku sangat kuat untuk melarang dia kembali dalam dunia fikiran ku. Tapi semakin hari, pintu larangan itu terbuka sikit demi sikit dan akhirnya terbuka luas untuknya kembali menerokai fikiranku ini.

Tika ini, fikiranku setiap minit fikirkan tentang dirinya. Rindukan saat-saat bersama dirinya. Fikirkan apa yang akan terjadi pada masa depan. Tapi dimana pengakhiran hubungan yang tak pasti ini. Hubungan yang masih dalam keadaan menarik rambut dalam tepung.

Perasaan semua pihak aku perlu amik kira, bukan semata-mata perasaan aku. Tapi, aku akui sekarang aku bertindak mementingkan diri dengan beranggapan aku bole cuba jernihkan hubungan yang keruh itu.

Semudah itu ke?



Ya-Allah, jika jodohku dengan Shah Effendy Samsuri masih kuat, Kau permudahkanlah hubungan ku dengan dia, Kau dekatkan lah kami berdua sepertimana Kau pernah dekatkan kami sebelum ini, mudahan ianya lebih baik daripada sebelum ini. Jika bukan jodohku dengan dia, Kau jauhkanlah dan pisahkan kami jauh-jauh, dan temukan ku dengan jodoh ku supaya aku dapat melupakan dia dari fikiran dan hatiku. Amin~

Sunday, October 23, 2011

Rela

Sehari dua ni, awak kembali dalam hidup saya dan salah saya sendiri sebab saya sendiri yang merelakan awak kembali. Bukan sapa-sapa. Sebab kalau saya tak merelakannya, takkan kembali perasaan rindu sebegini kuat yang saya rasai sekarang ni.

Saya akui, saya masih sayangkan awak lagi. Malah tak berkurang pun walaupun banyak benda yang awak dah buat kat saya, buat saya makan hati dan rasa dikhianati sampai saya jadi kurus.

Cuma, saya sendiri perlukan kepastian yang awak masih sayangkan saya lagi. Saya taknak dipermainkan macam ni lagi..

Wednesday, October 19, 2011

Terkilan

Sayang
Sedarkah kau jika kita masih bersama,
Berganding bahu dalam
Mengharungi rintangan dan masalah
Yang menjauhkan kau dan aku tika itu
Perjalanan untuk hubungan yang lebih halal
Tinggal tak beberapa hari lagi.

Jika kita masih bersama,
Aku pasti minggu-minggu terakhir ini
Bakal menambah tekanan
Untuk mu dan juga untuk diri ku
Bagi meraikan majlis Raja Ratu Sehari
Kita berdua
Tapi, berdua lebih baik
Dari menghadapi rintangan seorang diri
Kau cuma perlu ingat yang
Aku sentiasa ada disisi mu
Walaupun sepayah mana halangan itu
Diberikan...

Aku percaya segala pahit getir ini
Kita akan kenang sebagai memori indah
Di kemudian hari nanti
Dan boleh diceritakan
Pada anak-anak
Sebagai teladan dan memori yang kita harungi

Tapi
Kau dah pun mengaku kalah
Sedangkan kau belum pun berperang
Dan kau tak pernah berikan peluang
Padaku
Untuk aku membantu

Cuma kau berikan alasan
Kita dua bukan pasangan yang sesuai
Untuk bertempur di medan perang
Hanya kerana kita tidak pernah berbincang
Bersama
Aku terkilan

Aku berharap
Semoga keputusan yang kau buat itu
Atas kepentingan bersama
Bukan atas kepentingan kau seorang

Monday, October 3, 2011

Mushkil

Hari demi hari, aku terasa diri aku makin kuat. Hati pun makin kuat. Untuk mengurangkan perasaan rindu pada si dia dan mampu menahan dari terus ingat dia lagi. Cuma sesekali, banyak perkara yang datang menyinggah dan mengganggu ketabahan hati ini.

Acapkali orang menegur aku supaya terus lupakan si dia. Memulakan hidup baru. Mencari jodoh yang lebih baik. Kalau ia semudah yang dikatakan, kenapa ramai yang sanggup membunuh diri kerana cinta?

Aku mulai paham perasaan mereka yang mampu membuat keputusan untuk membunuh diri kerana cinta. Dan aku rasa hebatnya cinta mereka kerana berkeputusan macam tu tapi masa yang sama bodohnya mereka kerana tidak berfikiran panjang. Ada tika, aku pernah berperasaan macam tu, tapi aku masih ada akal waras lagi.

Sebab keputusan macam tu, hanyalah untuk meraih perhatian. Hanyalah untuk buatkan pasangan kau rasa miserable. Masalahnya, perhatian kau tu hanya bertahan selama beberapa hari je. Dan perasaan miserable tu paling lama tahan pun sebulan. Itu pun kalau pasangan kau bukan jenis hati kering.

Dan rata-rata jenis hati kering, kalau tak, takkan kau ditinggalkan dengan si dia macam tu je kan.

Cuma aku muskil dengan si dia ni. Kami memang dah takda apa-apa hubungan kecuali mungkin seperti kawan biasa, tapi kenapa dia mesti simpan gambar hari bermakna kami, kenapa dia mesti simpan gamba kami yang sangat rapat dulu, dan kenapa dia taknak buang status kami berdua.

Dan kenapa dia masih bermanja seperti dulu lagi...


Sudah-sudahla pikir. Takda hasil pun.. Biarkan tergantung macam tu..


Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini untuk meneruskan kehidupan tanpa si dia di sisi ku lagi dan tika aku menerima segala ketentuanMu. Dan Kau berikanlah jodoh yang baik-baik dan kebahagiaan kepadaku seperti Kau aturkan untuk semua hambaMu. Ameen~~

Sunday, October 2, 2011

Jar Of Hearts

Jar Of Hearts lyrics
Songwriters: Christina Perri;Drew Lawrence;Barrett Yeretsian

I know I can't take one more step towards you
Cause all that's waiting is regret
And don't you know I'm not your ghost anymore?
You lost the love I loved the most

I learned to live, half-alive
And now you want me one more time

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
I have grown too strong
To ever fall back in your arms

I've learned to live, half-alive
Now you want me one more time

Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
[ From: http://www.elyrics.net/read/c/christina-perri-lyrics/jar-of-hearts-lyrics.html ]
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

Dear, it took so long
Just to feel alright
Remember how to put back
The light in my eyes

I wish I had missed
The first time that we kissed
'Cause you broke all your promises
And now you're back you don't get to get me back

Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Don't come back at all

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all

Who do you think you are?
Who do you think you are?
Who do you think you are?

Friday, September 30, 2011

Janji dilupakan

Perasaan hati masih berkecamuk.

Samada menunggu, membiarkan hati dipergunakan, atau melepaskan si dia pergi.
Tapi aku dapat rasa, cinta dan kasih sayang si dia tidak sekuat dulu.
Makin mengurang, makin menipis dan tak kisah untuk melukakan ati aku lagi.

Dan segala janji-janji si dia kepada aku, makin menghilang dan takkan ditepati lagi.



Ya Allah, aku bermohon padamu, Kau berikanlah jodoh yang baik-baik kepada si dia dan Kau berikanlah kebahagiaan kepada si dia dan pasangannya seperti mana Kau pernah berikan kebahagiaan kepada kami berdua pada jodoh yang lalu. Dan Kau berikanlah kekuatan kepadaku untuk menempuhi segala dugaanMu kepada ku Ya Allah. Aku akan menerima qada dan qadarMu tanpa sebarang persoalan. Insya-Allah.

Friday, September 16, 2011

Stupid & Crazy

Walaupun aku dah diberi petunjuk satu demi satu oleh Tuhan, tapi masih ada perasaan degil untuk baikpulih hubungan kami. Dan walaupun petunjuk yang diberikan itu, sangat melukakan hati, tapi aku masih boleh bertolak ansur dengan segala petunjuk itu.

Sehingga aku memberi cadangan yang tak logik di akal manusia biasa kepada si dia. Dan masa yang sama memperbodohkan diri sendiri, dengan diperlakukan macam tu.

Dan aku tahu, jauh sudut ati dia, dia tersenyum sebab mendapat kebenaran sebegitu rupa, dan masa yang sama, dia akan kata yang aku ni dah gila dengan memberi kebenaran macam tu.

YES, I AM STUPID!

Sunday, September 11, 2011

Usaha

Baru kelmarin, ada ura-ura rasa nak berenti hubungi si dia. Nak teruskan hidup tanpa si dia di hati ini.

Tapi arini, hati goyang kembali.

Rasa nak teruskan hubungan yang sedia ada walaupun hubungan mulai goyah. Ye, hubungan memang goyah, tapi kalau aku menarik diri, dah tentu-tentu lagi bertambah goyah dan jadi roboh. Sekurang-kurangnya, biar aku usaha dulu, paku mana yang patut, tampal dan buat balik bahagian yang dah berlubang, sampai la rasa takleh bertahan jugak, terpaksa biarkan hubungan itu roboh sendirinya.

Biar aku usaha dulu dan takkan dalam banyak-banyak usaha tu, takda satu yang berikan hasil kan. Insya-Allah, ada jodoh aku dengan si dia nanti, harap mudahlah si dia untuk kembali pada aku.



Ya Allah, aku bermohon padaMu, jika jodohku benar-benar bersama Shah Effendy, Kau dekatkan ku dengan dia, moga hubungan kami lebih erat dan bahagia dan semoga kasih sayangku kepada Shah Effendy tidak melebihi kasih sayangku kepadaMu. Andainya tidak jodohku dengan Shah Effendy, Kau berikanlah kekuatan kepadaku untuk menerima segala ketentuanMu.
Amin~~

Friday, September 9, 2011

Sedar

Sekarang bila aku pikir-pikirkan, nampaknya aku sorang je yang dok berusaha untuk baik pulih hubungan tu sejak sebulan dua yang lepas..

Dan rupanya dia, takda sebarang usaha pun..

Damn!

Aku ni yang sibuk amik berat dia kat mana, dia buat apa, tapi ada dia kisah nak call aku tanya benda yang sama?? Selagi aku tak mula SMS dia, selagi tu dia tak rasa nak SMS aku. Selama kami dalam hubungan bertunang tu, dia tak kisah nak balik jumpa aku. Dan agaknya kalau aku ni takda training kat sana, takdala kami ni nak jumpa.

Tapi bila jumpa pun, dia takda rasa excited macamana aku excited nak jumpa dia. Nak bermanja dengan dia. Dan dia meneruskan rutin seharian walaupun aku bersama dia. Macam aku ni boleh selalu jumpa dia sana...

Patutla orang kata, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Dan bila aku menghulurkan tangan, belum tentu dia akan menyambut dengan serta merta.

Sekarang aku rasa aku perlu teruskan hidup tanpa si dia lagi.

Tak bermakna segala usaha dan cinta aku kalau dia taknak membalas.

Wednesday, September 7, 2011

Gelap

Keadaan yang nampak bahagia tu, dah kembali suram.

Semalam, si dia ke rumah pakcik untuk settlekan hal-hal yang berkaitan. Aku memang tak tahu apa cerita yang terjadi di rumah pakcik tapi setibanya aku kat rumah, banyak cerita yang kurang enak.

Sedih.

Walaupun kami tidak lagi bertunang, tapi aku harap sangat hubungan baik sesama keluarga dikekalkan. Bagi aku, hal-hal antara kami berdua tak sepatutnya melibatkan ahli keluarga. Tapi aku agak terkilan dengan ahli keluarga aku.

Marah, menuduh, mengambil peluang untuk cuci fikiran si dia, mengata belakang-belakang dan mencampur adukkan hal harta dengan hal aku. Sungguh aku terkilan. Dan aku tak salahkan si dia kalau si dia terasa hati.

Aku ingatkan peluang untuk bersama makin cerah tapi nampaknya dah gelap balik.

Mungkinkah ini petunjuk untuk aku teruskan hidup tanpa si dia. :(

Tuesday, September 6, 2011

Happy!

"Saya comei tk?"

SMS dari si dia:

Cmel rasa nk pluk cium je



padahal takdela comei sgt pn. sigh

Monday, September 5, 2011

Rindu

Sehari dua yang lepas, hubungan aku dengan si dia betul-betul dah baik. Dah mula dapat bincang tentang perkara yang terjadi. Dan masa yang sama, masing-masing meluahkan perasaan masing-masing, iaitu masing-masing masih cinta dan rindu satu sama lain.

Ada perkara yang si dia rindukan untuk buat bersama aku, dan begitu juga aku. Dan kalau jarak kami dekat, nak je aku pergi jumpa dia dengan sepantas kilat. Nak tunjukkan dan bagitahu dia, macamana banyaknya perasaan rindu aku dekat si dia. Rasa nak peluk-peluk seerat mungkin kalau yang itu boleh buatkan hilang rasa rindu. Dan bila hati aku senang dengan respons si dia, muka aku kembali nampak glowing. Kalau tak, muram tak tahu nak senyum yang macamana.

Tapi ntah nape aku masih risau...

Aku harap kebahagiaan yang dikecapi masa ini, berkekalan dan dilanjutkan sehingga kami menjadi kekasih halal.

Sunday, September 4, 2011

True Color

Bila si dia cakap yang si dia nak kawan dengan aku balik, nak mulakan balik proses berkenalan, aku rasa tempoh perkenalan kami dah cukup untuk buat si dia mengenali aku hampir 100%. Sebab dengan si dia, aku selalu tunjukkan true color aku. Which mean, aku tak pernah nak berlakon atau pura-pura depan dia.

Dan tentang diri dia pun, aku dah kenal hampir semuanya. Dari sebaik-baik perangai dia sampaila seburuk-buruk perangainya. Dan aku setiap hari cuba belajar untuk menerima segalanya tentang dirinya.

Kenapa si dia tak boleh buat benda yang sama.

Aku tahu, jarak yang membuatkan hubungan kami semakin jauh. Sebab-sebab yang dia bagi aku tu, cumala anak-anak kepada punca sebenar kami renggang. Dulu kami selalu berdua kemana-mana. Makan bersama-sama, aku selalu teman dia buat kerja, si dia teman aku jumpa kawan-kawan aku, begitu juga sebaliknya. Kami selalu tengok wayang sama-sama, aku jaga dia masa dia tak sehat. Dan kalau masing-masing merajuk di depan mata, pujukan tak ditangguh sehingga satu-satu masa dan terus boleh bergurau senda..

Sekarang, kami berdua jauh. Masing-masing sunyi, tiada teman disisi. Tiada teman untuk bermanja dan teman untuk share cerita serta masalah. Jadi, semua isu berbangkit.

Aku lebih suka kalau berkenalan dalam alam perkahwinan. Insya-Allah, tak ada kekangan dan rintangan lagi dari famili dan orang lain. Sebab masa tu, hubungan kami sudah halal dan sudah tentu aku pun taknak berjauhan lagi dengan si dia. Dapat tinggal sebumbung sebilik sekatil dengan dia.

Dan sebagai isteri tika itu, aku dah tak boleh sebarangan ikut kata hati tanpa berbincang dengan si dia. Sebab nanti, apa jua keputusan, dibuat atas kepentingan bersama, kepentingan aku dan dia. Bukan lagi kepentingan aku seorang.

Tapi, itu semua cuma pendapat aku..

Tepuk sebelah tangan, tak akan berbunyi...

SMS

Antara SMS si dia:

"Awk x pernah nk dgr ckp sy...awk suka wat keputusan tanpa bincang dgn sy....awk x pernah nk hormat sy sbgai tunang awk....dan awk suke wat keputusan tanpa berfikir panjang bila awk dlm keadaan marah dan tertekan"

"Awk jgn risau....kita start blik dari scandal"

"Sy nk kenal awk btul2"

"Sy tkut awk nanti ada org lain ke"

"Bleh...biar peluang terbuka"

Dan perasaan aku tika ni,bercampur-campur.

Sedih, Terkilan, Menyesal, suka.

Akhir Hubungan

1hb September 2011 (Raya ketiga)... Genap setahun sehari kami bercouple.

Berakhirnya suatu hubungan antara aku dengan si dia...

Mak si dia, nenek dan adik si dia datang ke rumah. Mula-mula aku ingat diorang nak bincangkan tarikh untuk kenduri kami tapi rupanya diorang datang untuk putuskan hubungan tunang.

Jadi, aku dengan si dia dah takda apa-apa...

Cincin dan duit cengkeram nak dipulangkan tapi pihak si dia, halalkan segala pemberian tu. Dan masa aku nak hulurkan cincin tunang tu balik dekat nenek si dia, nenek si dia sarungkan balik cincin di jari manis aku balik... Tetiba masa tu keadaan terus jadi sebak.

Sedih.

Sapa yang tak sedih.

Antara banyak-banyak lelaki yang aku pernah kawan dulu, hanya si dia yang paling aku serius. Aku tak penah lansung pasang niat nak cari pengganti untuk si dia. Dengan si dia jugak, aku bole tepis godaan shopping, tepis godaan enjoy dengan kawan-kawan asalkan aku dapat bersama si dia. Setiap kali aku pergi KL untuk tujuan kerja, serta merta tujuan utama digantikan untuk berjumpa dengan si dia.

Sebab aku betul-betul cintakan dia.
Hanya dengan mendengar suara darinya, hati mampu senyum dengan sendiri.


Ya Allah, aku bermohon padaMu, jika jodohku benar-benar bersama Shah Effendy, Kau dekatkan ku dengan dia dan semoga kasih sayangku kepada dia tidak melebihi kasih sayangku kepadaMu. Andainya tidak ku dengan dia, Kau berikanlah kekuatan kepadaku untuk menerima segala ketentuanMu.

Sunday, August 28, 2011

Bodoh!

Bodoh! Stupid!

Gara-gara ikutkan hati dan rasa, lansung binasa. Padan muka diri sendiri. Baru nak menyesal yang tak tau bila nak sudah.

Alkisah si dia nak majlis yang biasa-biasa, taknak pelamin, taknak berbaju pengantin. Yang aku ni pulak, dari dulu dok angan-angankan nak berbaju cantik masa hari persandingan. Mestila nak cantik, ratu sehari mana yang taknak kelihatan cantik. Cuma cantik dari segi gemerlapan (blink-blink) atau cantik yang jenis ayu. Dan aku suka yang jenis ayu. Tapi macamana nak crita dengan si dia kalau si dia lansung taknak dengar explaination.

Frust punya pasal, dan dah tercampur dengan emosi frust benda lain, lansung cakap yang bukan-bukan dengan si dia. Dan si dia pun, takda kompromi, mengiyakan je apa yang aku cakap tu. Mula-mula tak perasan, tapi bila si dia mengiyakan, baru nak teringat salah sendiri. Serius masa tu, rasa ati ni berlubang, terasa macam sebahagian hati tu dah diragut walaupun atas salah sendiri.

Lagi-lagi terasa sebahagian hati tu ilang bila mengenangkan si dia tak pernah cakap kasar dengan aku.

Tiga hari tak lalu makan. Dan dalam tiga hari tu, dah turun berat tiga kilo. Dasat tak dasat kesan kata-kata yang mengikut hati bukan secara waras. Padan muka I. Tapi lepas tu, si dia ada call. Walaupun bukan nak membincangkan tentang hal kami, tapi ada sikit terubat di hati bila dapat dengar suara si dia. Dan si dia pun takda la berkasar sangat dengan aku lagi dah...

Cumanya dalam tempoh 'berkabung' ni, banyak benda yang aku mulai sedar. Bole dikatakan setiap kali teringat memori kami berdua, air mata akan menitis tanpa disedari. Setiap kali sebut nama si dia, terasa sebak. Tapi masa yang sama juga, tak pernah aku desperate macam ni. Desperate untuk meraih kembali sayang darinya.

Dan Alhamdulillah, si dia menerima aku kembali. Walaupun aku dah diingatkan yang si dia sibuk bekerja dan tak punya masa untuk aku.

Moga-moga tak selamanya macam tu....

Sebab setiap masa aku rindukan si dia.

ehehee

*blushing malu*


Tuesday, August 16, 2011

dugaan II

Baru-baru ni, kerja nak bergaduh je dengan si dia je. Bergaduh tentang benda yang bukan-bukan. Benda yang kecik kemudian diperbesar-besarkan.

Lepas aku balik dari meeting kat Bangi aritu, aku perasan, si dia ada sikit sebanyak dah berubah. Si dia tak lagi rajin mesej dengan aku macam dulu, nak call aku apatah lagi nak bergurau senda. Sampaikan, aku rasa macam dia bukan orang yang sama lagi. Agaknya ni semua sebab salah aku kot. Sebab aku merajuk dengan si dia masa di Bangi aritu, tak pandang muka si dia masa aku turun dari kereta. Dan sebab aku tak tolong mak si dia masak. Agaknya lah....

Hmm, tapi aku akui, mak si dia memang tegas orangnya. Aku dapat rasa, mak si dia ni tak brapa suka kami kerap cakap fon, ataupun si dia kerap mesej dengan aku. Kan kami ni masih darah manis lagi. Tak sesuai la kot. Jadi aku rasa, mak si dia tak bagi si dia call aku atau mesej aku di depan maknya.

Tapi si dia ni pun satu hal. Kalau tak bagi kita ni call atau mesej dia, bagitau la apa yang dia buat, dia kat mana. Jadi kita ni bole bagi peluang untuk dia buat kerja dia. Takda la nak roger sangat. Ni tak, disalahkan kita ni, kerap call dia sampaikan menggangu dia buat kerja.

Kalau dulu-dulu, hampir setiap minit kami mesej atau call, tapi sekarang ni hampir 12 jam pun belum tentu ada dengar khabar berita dari si dia, hati tunang mana yang tak risau. Nampaknya nak kena train diri ni supaya boleh terima keadaan macam ni, tapi ati kita ni selalu nak amik tahu, si dia tu dah makan ke, dah dapat cukup rehat ke..

Pasal hal nak kawen ni, belum confirm lagi, jadi atau tak. Nampak macam nak postpone pun ada, macam tak jadi pun ada. Ntah berat ke mana pun tak tau la...

Cumanya, aku berharap sangat, yang apa-apa keputusan yang si dia nak buat nanti pun, bukan disebabkan pengaruh orang sekeliling atau pendapat orang sekeliling si dia. Memang kita perlukan pendapat, tapi pendapat hanya untuk difikirkan dan ditimbang beratkan, bukan untuk terus diterima bulat-bulat. Sebab ada sense dalam ati ni, si dia akan ikut cakap seseorang dalam membuat keputusan. Kalau seseorang tu kata buat A, si dia pun buat A jugak....

Hmm, tok aku suruh aku buat solat istikarah untuk mencari jawapan, cumanya belum terbangun lagi nak buat solat tu di tengah malam. Huuuuu..


p/s: sedih jugak bila diperlakukan macam orang yang hina....


Monday, August 15, 2011

hari jadi




Awak, sekali lagi saya ucapkan, selamat hari jadi.
Moga awak selalu dimurahkan rezeki olehnya dan
moga kita dua dapat kawen secepat mungkin dan kekal bahagia.
Saya takleh berenggang dengan awak lama-lama.
I cinta awak!


abcdefghIjklmnopqrstUvwxyz

bila I dan U berjauhan, I cuma bole bagi mms kt U je sbg wakil.... ♥ ♥ ♥


Saturday, July 30, 2011

pre-wedding photoshoot

Entri ni tiada gambar mengenai pre-wedding photoshoot ye!

Suka sangat bila belek-belek gambar pre-wedding kawan-kawan dalam Facebook. Ada yang buat kat taman permainan, ada yang buat kat sawah padi, tepi tasik, air terjun dan ada jugak buat dalam studio. Walaupun tempat tu takla unik sangat, tapi bila dah diambil gambar, jadi cantik pulak.

Kalau yang photoshoot kat taman permainan tu, pasangan mengenakan pakaian sekolah dengan tema kembali ke zaman sekolah. Cute kan??? Modal pun tak banyak mana pun. Make up takyah tebal-tebal, bole pakai balik baju sekolah dulu-dulu (itupun kalau muat lagi lah), slingbag dan buku tulis sebagai aksesori. Memang cute.

Kalau nak yang jenis klasik-klasik sket, shoot kat sawah padi dengan mengenakan pakaian baju kurung kedah bagi perempuan, baju pagoda dan seluar untuk lelaki. Aksesori pulak, pompuan boleh bersanggul, berkelubung dengan kain batik. yang lelaki bole la nk ikat sket kt kepala sambil pegang cangkul. Eceh...

Serius menarik tengok hasil photoshoot mereka-mereka semua. Dan dengan hasil photoshoot tu, bole dibuat untuk bunting atau untuk kad kawen nanti. Bertambah menarik kad kawen tu nanti.

Cumanya, sebagai pemerhati, kadang-kadang rasa tak sedap ati bila ada orang tua-tua yang bagi komen, tak elok letak gambar kat kad kawen, lagi-lagi gambar yang duduk rapat-rapat. Yang berpegang tangan macam dah halal padahal baru nak menjemput untuk saksikan pertemuan dua insan menjadi halal.

Tak manis kan?

Pre-wedding shoot memang menarik tapi elokla kalau hasilnya tu, untuk kenangan peribadi, dan try consider komen orang sekeliling kalau-kalau nanti nak letak the best picture pre-wedding shoot tu kat dalam kad kawen ke bunting ke. Tak pasal-pasal nanti dok create dosa pulak...

heee...


p/s: macam bagus sangat je aku ni kan. tapi cuma nak beringat dengan teman-teman.

Tuesday, July 12, 2011

dugaan

Orang kata, dalam tempoh dok berkawan ni, akan datang bermacam-macam dugaan. Dan aku akui, apa yang diperkatakan itu benar. Apa yang aku lalui sepanjang perkenalan aku dengan si dia, memang diberikan segala macam dugaan.

Dari segi famili, wang ringgit dan belajar yang menjadi ukuran, kawan-kawan, bekas kekasih dan macam-macam lagi la.. Aku dengan si dia, bersabar dan cuba mengharungi dugaan tu bersama-sama. Ke depan ni, tiada siapa yang tahu, jenis dugaan yang diberikan.

Insya-Allah, kami berdua akan cuba mengharungi dugaan bersama-sama dengan sabar, kerana menghadapi dugaan bersama lebih baik daripada menghadapinya secara berseorangan.

Monday, July 11, 2011

weight gain

Alamak...

Dah put on weight pulak. Memang dah sedar lama yang badan bertambah isi daripada dulu tapi terasa tersentap bila ditegur secara halus dengan ahli famili. Odeng!!!!

Lalu aku pun bertanya pada si dia....

"Awak, saya nak tanya satu benda, bagi jawapn jujur tau"
"Apa dia awak"
"Saya dah gemuk ke sekarang ni?"
"Tak gemuk.... Chubby je"
"Cakapla betul-betul"
"Tak gemuk....Chubby je"
"Ok, saya tukar soalan saya. Saya dah berisi ke sekarang ni?"
"Tak, chubby je sayang"
"Isk.... Samala tu, berisi dengan chubby. Berisi ke tak?"
"Berisi sket"
"Ala, berisi kat mana?"
"Kat punggung dengan paha"
Odeng!!!
"Muka semua?"
"Muka semua ok je."

Dan bermulala niat untuk diet secara serius mulai esok. Alamak, susah plak rasa nak kurangkan lemak dan isi-isi ni.

Suspensla camni. Dah tak cun macam dulu-dulu dah... :(

Tuesday, July 5, 2011

SMOTD: 5 Julai

Sweet Message Of The Day:

Awak, terima kasih sebab terima saya sebelum nie...
saya harap hubungan kita ini berkekalan hingga akhir hayat...
saya sayang awak


saya sayang awak jugak sengot!

suatu tika dulu



Pagi 5hb Julai 20xx, ada seseorang yang cuba mengintai dari jauh,
bertanya dalam hati, siapa gadis yang menjadi runner untuk Gen 2 kelabu.
Bukan setakat mengintai, dia turut cuba bagi signal untuk bertegur sapa dengan si gadis.
Lepas si gadis memberi senyuman, lansung si dia cuba lagi untuk bertegur sapa dengan gadis itu sehinggalah pada jam 1 tengahari yang memberi peluang terbuka untuk menegur si gadis itu.......




lapor diri

Jumaat lepas, si dia melaporkan diri di Putrajaya dan petang tu, dia dapat keputusan tempat yang bakal ditempatkan. Dan sangatlah tak best bagi aku sebab si dia ditempatkan di ILP, KL. Yang aku tak berapa nak berkenan sebab di KL. Lokasi yang aku cuba elakkan di masa depan.

Itu rezekinya, jadi untuk sementara waktu ni, aku turutkan saja dulu. Mana tau, kot-kot dia ditukarkan ke sebelah utara pula... :)

Arini dah pun hari kedua dia bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Dan si dia dah pun berlagak dengan aku, perihal waktu bekerja dia setakat jam lima je. Macamla heran sangat. Bluweeeekkkk!

Ngada-ngada!

Monday, June 27, 2011

congrats der~

Tahniah untuk si dia, sebab dapat tawaran untuk menempatkan diri dalam sektor kerajaan. Walaupun gaji takla sebanyak mana, sekurang-kurangnya dia dah dapat keja yang lebih baik dari sebelum ni. Congrats sayang... Masa awak pegi intebiu aritu pun, saya bole rasa awak akan dapat offer keja ni.

Ikutkan, dalam sebulan dua ni, bole dikatakan si dia memang murah rezeki. Dan tuahnya agak baik juga. Diharapkan tuah rezekinya berkekalan. Cuma aku ni, tuah belum datang menyinggah lagi. Eh, bukan takda, ada.. Tupun nasib aje.

Aku masih lagi dalam mode mencari kerja baru. Tak yakinla aku dengan keja aku sekarang ni. Bila-bila pun bole bikin panas.



P/s: Doa-doakanla aku dapat keja yang lebih baik. Amin~

Monday, June 6, 2011

confirm



yeay!

dah confirm dah!

akhirnya dah boleh mulakan apa yang patut

~ loike it ~

Sunday, June 5, 2011

Janji

Tadi aku dok merungut dengan si dia pasal hal janji-janji ni. Dan ntah macamana dalam keadaan aku dok merungut secara serius, aku bole keluarkan ayat yang macam ni...

"ini bukan janji melayu lagi dah, janji keling apa tah lagi... saya taktau nak kata ini janji jenis apa...."

Dan boleh si dia bantai gelak abis-abisan......

Choy

baju sanding

Haritu aku ada melawat butik pengantin, saja nak survey harga pakej. Bolela buat bajet apa yang patut. Lawa-lawa sungguh baju kat butik yang satu ni. Pakej agak ok, baju grand, pelamin pun macam ok... Hati memang tertarik sangat dah..

Ada bermacam-macam fesyen, yang jenis untuk potong kek la, untuk nikah la, untuk sanding, bertandang... Dan mata aku berkenan dengan satu baju ni, baju kain merah berbunga hitam, dan perinci manik putih. Lawa weh! Saja la dok tanya-tanya pasal baju tuh.

Dan boleh plak, pompuan yang keja kat butik tu, taknak rekemen baju tuh kat aku. Sebabnya? Sebabnya sekarang ni terlalu ramai yang buat kenduri bertemakan merah hitam. Ooohhh! Ok, aku boleh terima alasan tu. Logik jugak kalau macam tu kan. Tapi biar jela pilihan customer nak amik apa pun tak? :)

Jadi, serta merta aku terpaksa reject baju pilihan aku tuh.

Tet! Macamla aku nak kawen sok lusa ni kan. Meza-meza. Keja berangan je kan.

Ngeh-ngeh-ngeh!

Monday, May 30, 2011

semalam


Semalam kesenyuman, hari ni dah sedikit herot dalam senyuman.

Sebab si dia, tak dapat confirm lagi tarikhnya bila.

Auwwww... Berangan jela meza ooiii~

Saturday, May 28, 2011

sembang tarikh

Terasa suspens sangat bila sembang pasal hal tarikh-tarikh ni. Terasa berdebar lain macam sikit. Gelabah pun ada juga. Ini baru kes sembang-sembang. Tak confirm lagi jadi atau tak sebab belum tanya dengan si dia.

Cuma rasa kelakar dalam ati ni, bila terfikir ready dah ke aku ni nak pikul tanggungjawab isteri kepada si dia?

Haaa, tahu pun menggelabah.




Heheee ;)

Thursday, May 26, 2011

sana sini

Awal-awal dulu, si dia keja di kampung. Konon-konon nak dekat dengan aku. Tapi aku tahu, rezeki si dia lebih baik di bandaraya. Jadi, aku pun minta la dia keja di bandaraya. Dan Alhamdulillah, memang rezeki si dia bila keja di bandaraya.

Tapi bila berjauhan macam ni, terasa rindu plak. Jadi aku mula terfikir pasal masa depan kami. In case, aku memang maintain keja di kampung ni..... Sanggup ke nak berjauhan. Sanggup ke biarkan si dia tu di bandaraya tanpa kekasih halalnya...

Ala, sebenarnya malas nak fikir lagi. Tapi...

Hmmm....

Takpela, kita hanya merancang kan.

:)

Saturday, May 21, 2011

booking day!

Aku ingat cuti sekolah nanti, hanyala untuk raja/ratu sehari untuk menikmati hari istimewa mereka bersama pasangan mereka secara halal tapi masa cuti sekolah ni jugak, masa untuk para puteri-puteri sibuk menaiktaraf status hidup dari bujang ke dibooking oleh pasangan mereka!

Setakat yang aku tau ke arini, ada tiga kawan aku yang mula buat persiapan untuk majlis bertunang ni. Fuuh... Terasa cemburu di sudut ati.. (aishhh, nak cemburu apa lagi ni?) Perasaan yang sebenar tu bukan cemburu sangat cuma, terasa ingin mengulang kembali hari yang dibooking oleh keluarga si dia tu.

Boleh dikatakan cukup meriah walaupun secara kecil-kecilan cuma diharap dapat memperbaiki serba sikit kekurangan dalam majlis tu, makanan tak cukup, persediaan last minute, tak sempat sediakan buah tangan untuk tetamu yang datang. Yalah, mana bole return back time kan. Redha sajala.. Lagipun, ini memang pengalaman persiapan last minute dengan berbekalkan tiga ari untuk siapkan.

Kira OK la tuh!

Hmm, nak catat lebih detail pasal hari bertunang ni, tapi biarlah rahsia dahulu. Belum masanya lagi.

Friday, May 20, 2011

terjahan ratu sehari

Lately ni, musim jemputan untuk majlis tamat zaman bujang, menerjah kembali... Terjah dengan bertalu-talu. Tahniah untuk mereka ini, yang bakal menjadi raja/ratu sehari tak lama lagi. Semoga persiapan yang dirancang akan berjalan dengan lancar.

Cuma, kalau bole tu, sebelum nak request alamat nak anta kad kawen tu, intebiu dulu perasaan penerima lagi-lagi bujang macam aku nih. Bole ke nak accept yang si kawan ni nak tamatkan zaman bujang. Bukan apa, penerima mungkin bole tersentap sekiranya dia berharap yang dia akan kawen dulu berbanding si kawan ni. Haa, jangan taktahu ada manusia yang macam tu.

Aku? Aku tak tersentap kalau atas sebab macam tu, berharap aku kawen dulu daripada yang si kawan. Cuma, tipula kalau aku tak tersentap yang aku turut mengimpikan benda yang sama, iaitu disatukan bersama si dia dengan ikatan yang suci dan halal. Haaa, benda yang berbeza bukan. :)

Ntah bila agaknya giliran aku pula untuk menjadi ratu sehari bersama si raja yang halal. Sebab keadaan tak begitu mudah berbanding yang difikirkan.

Minta doa ye kawan-kawan yang segala yang diharap itu, dipermudahkan dan direstui olehNya. Hati memang dok fikir ke arah tu je. Dok planning macam-macam, tapi satu apa pun tak bole dilaksanakan selagi belum ada confirmation oleh pihak si dia. Aishhhh~

Aku tak mahu berjauhan dengan si dia lagi.....

Thursday, May 19, 2011

yin yang

Dulu-dulu, aku mesti cepat jatuh hati dengan seseorang yang share minat dan hobi yang sama dengan aku, lagi-lagi pasal bab makanan. Konon-konon dah ada teman yang ngam untuk bawak makan sama.

Masa berkenalan dengan si dia tu, aku dapat tahu, si dia bukan la orang yang ada minat dan hobi yang sama dengan aku masa tu. Contohnya, bab apa yang aku suka makan, dia tak pernah makan dan tak lalu nak makan (sushi), kalau aku ni sibuk nak masuk shopping mall, nak window shopping bagai, si dia plak jenis merayau atas jalan raya dengan keta. Kalau aku ni suka berjalan dari KLCC ke nasi kandar pelita, dia tu pula sanggup naik keta dari KLCC ke nasi kandar pelita tu. Memang jenis bertentangan sangat.

Tapi, orang tua-tua kata, belajar menerima dan mencintai kelemahan orang lain, bole buatkan kita happy dengan hubungan tu, tapi jangan la sampai benda yang tak logik di akal pun nak belajar mencintai.....

Jadi, aku cuba terima yang si dia tak suka pegi mall, dan akhirnya ianya bagi kebaikan untuk aku. Iaitu fikir dulu dan buat bajet+list kalau betul-betul nak pegi shopping mall. Kalau nak beli sandal, pegi beli sandal je. Jangan nak tengok benda lain. Alhamdulillah, poket aku agak ok sikit.

Si dia pula suka tengok wayang. Wayang dah tentu dalam mall kan. Kalau pegi dengan si dia, nak tengok wayang, terus pegi kat wayang, takda rayau ke tempat lain. Wuuhuuuu! Save hampir 50% dari terbelanja keluar. Ngeh3!

Dan si dia pun, belajar terima minat aku, lagi-lagi pasal makanan. Sebab aku ni suka makan. Walaupun dia tak suka makan sushi, tapi dia sanggup teman aku makan sushi dan untuk amik ati aku, dia pun makan sushi yang berasaskan telur atau ayam. Selamat katanya... Heee..

Sebenarnya bergantung kat individu tu sendiri, untuk belajar menerima dan mencintai atau nak tolak bulat-bulat apa yang pasangan kita minat. Ini bukan sekadar minat, tapi mesti libatkan sekali dengan perangai pasangan.

Kalau dia suka mengusik, janganla kita ni pun serius sangat. Try be cool dan sikap terbuka sikit. Tolerate apa yang patut. Kalau dia suka marah-marah, biarlah kita ni pun jadi manja bertempat untuk redakan marahnya.. Bukannya jadi minyak untuk bertambah marak.

Cinta ini ibarat Yin Yang. Saling melengkapi.

Apa yang penting.... KERJASAMA!





P/s: bagus jugak cogan wonderpets ni. ;)

Wednesday, May 18, 2011

SMOTD: 18 Mei

Sweet Message Of The Day:

hee... its normal my dear... if i sleep i cant remember anything


hahahaa.. bukan awak je, siapa-siapa pun takkan ingat apa-apa dah kalau dapat tido


awak memang macam tu

Tuesday, May 17, 2011

jujur

Ada orang tanya aku, happy ke aku dengan si dia?

Aku sudah tentu happy! Kalau tak, mungkin aku dah pun downgrade balik status ke single. Ataupun sibuk cari sebab untuk mintak putus dengan si dia walaupun kami dua dah jarang-jarang dating sama. Iye, aku di kampung dan dia di KL. Kalau dulu, masa aku bercinta dengan orang lain, aku selalu cuba nakal-nakal dengan kawan-kawan. Maksud aku, keluar berhibur dengan kawan-kawan secara senyap-senyap, cuba test ayat dengan orang lain (bukan niat untuk menduakan), call kawan-kawan lelaki untuk gurau senda.. Nakal kan? Bukan sikit tapi banyak!

Tapi dengan si dia ni, aku takda nakal macam tu lagi. Aku takda nak keluar berhibur macam dulu. senyap-senyap. Aku takda keinginan nak test ayat power aku kat orang lain lagi dah. Dan kalau aku ada contact x-bf aku sekalipun, aku bagitau si dia.

Bila aku fikir-fikir balik, inikah dinamakan cinta?

Aku tiada komen untuk itu cuma dari awal-awal perkenalan kami lagi, kami dah pun jujur dan bagitau benda yang manis dan pahit untuk semua benda. Di awal perkenalan itu sendiri, aku bagitau keadaan aku macamana untuk dia terus berkawan. Dari keadaan aku masih ada bf masa tu, keadaan keluarga aku, kerja, hutang-piutang, dan macam-macam lagi dari perkara sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Aku menjadi diri sendiri ketika dengan si dia. Dia pun macam tu juga, bagitahu semua tentang keadaan dirinya, keadaan keluarganya, kerjanya...

Mungkin sebab itu, aku sendiri tak ingin nak mempermainkan kejujuran yang ada antara kami berdua. Cuma aku akui andainya kejujuran ni dikhianati, memang akan ambil masa untuk pulih balik.

Dengan kejujuran itu, aku telah menjadi diri aku yang sebenar-benarnya depan si dia, lagi-lagi kami berdua juga share minat yang sama. Sungguh manis perasaan ini bila berkongsi hobi yang sama. Dan dia juga selalu rajin teman aku untuk berjumpa kawan-kawan. Walaupun kadang-kadang aku abaikan si dia ketika leka bersembang dengan kawan-kawan, tapi si dia pandai untuk adjust keadaan tu. So proud of him.

Emmm...

I miss to play with his hand.

:))

SMOTD: 17 Mei

Sweet Message Of The Day:


every time in my life i never forget u my dear



Si dia taklah pandai berbahasa Inggeris tapi si dia selalu cuba improve bahasa Inggerisnya. Kadang-kadang tu comel betul bahasa Inggeris nya. ;)


I Remember U More sayang!

Wednesday, May 4, 2011

did u learned ?

People said you will learned from the past.

And my comment, YES, I learned a lot from my past, and those experience, I carried forward to present and tomorrow so that I can avoid to repeat the mistake again.

However...

Some of the experiences, make me miss to do it again over and over even I knew the consequences that will occur.

Silly of me, am I?

.
.
.
Actually, people never learned anything from their mistakes!

Monday, April 25, 2011

Alahai.
Rindu pulak pada si dia...

Bila nak balik sini ni?

Monday, April 18, 2011

antara dua darjat

Orang kata, jodoh mesti sama darjat, kalau tak, bole jadi macam cite ibu mertuaku tu, tak direstui oleh famili dan hubungan tak bole kekal lama. Tapi, zaman sekarang ni, bole guna lagi ke istilah mencari jodoh sesuai dengan darjat/standard kita sendiri.

Zaman sekarang ni, walaupun kau seorang yang telah menggenggam segulung ijazah di tangan (ijazah aku tak bergulung-gulung pun), tak semestinya kau bole berjaya setanding dengan ijazah tu. Sebab zaman sekarang ni, kejayaan ditentukan dengan usaha. Ijazah tu cuma tanda kau dah pun belajar ke tahap yang lebih tinggi dalam bidang yang dikhususkan.

Sekadar lulusan SPM pun bole menempa kejayaan yang hebat sekiranya dipergunakan usaha dengan betul. Work hard and smart! Contohnya macam pemilik Iktikad Raya tu which is well known dengan imported car. Betul, bole check tengok, tapi siapa tahu, beliau antara yang dah berjaya dan mampu berdiri tanpa bantuan orang lain. Kalau tengok rumah beliau, dah macam dok dalam istana. Punya la besar. Tapi lulusan SPM je.... Not more than that.

Maka, jangan pandang sebelah mata orang yang berkelulusan setakat SPM ni. Diorang ni pun bole menggoncang dunia kalau kena dengan gayanya. Dalam famili aku plak, dah ada dua orang yang mampu menggoncang keadaan famili walaupun sekadar lulusan SPM. Dasat tak dasat!

Jadi??

Biarlah masing-masing nak pilih siapa sebagai calon teman hidup. Kelulusan itu memang penting tapi tak sepenting hati budi dan keikhlasan.

Kan?

Friday, April 15, 2011

SMOTD: 15 April

Sweet Message Of The Day:

X syg saya, cinta saya, windu saya, mis saya kalo awak x mesej


Dan jawapan aku untuk si dia,

tapi saya suka awak



:)

Wednesday, March 30, 2011

SMOTD: 30 Mac

Sweet Message Of The Day:

Gonjol..... Chak!!!


Amboi, dok main chak-chak plak.


Sila cuba sebentar lagi ya. :P



Thursday, March 24, 2011

baik baik sayang

Aku tak ingin
Kau menangis bersedih
Sudahi airmata darimu..

Yang aku ingin
Erti hadir diriku
Kan menghapus dukamu...sayang

Kerna bagiku
Kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku...

Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu
Baik baik sayang
Ada aku untuk mu

Hanya satu pintaku
Di siang dan malam mu
Baik-baik sayang
Kerna aku untuk mu...

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampu ku sayang
Kerna bagiku
Kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku..

Hanya satu pintaku
Untuk mu dan hidupmu
Baik baik sayang
Ada aku untuk mu

Hanya satu pintaku
Di siang dan malam mu
Baik baik sayang
Kerna aku untuk mu...

p/s: bole dianggap lagu ni buat peneman aku masa aku cuba melupakan kenangan bersama orang lain. tapi aku tak berapa suka dengan videoclip lagu ni, sebab pompuan tu cacat.... tapi bole plak si dia berlawak, "awak memang cacat pun, tengok parut awak tu...." hah! kecik ati tau!

harga diri ku

Di dirimu aku menemukan
Yang mencintai ku
Yang menyayangi ku
Di dirimu aku ketakutan
Kau biarkan ku
Kau tinggal kan ku...

Bila kamu tak
Lagi dengan ku ku
Tak tahu apa tuk
Jalani hidupku

Bila memang kau
Pergi dariku ku
Tak ada lagi di
Dunia ini...

Mengertikah
Kau siang malam ku
Dan tangis tawaku
Dan semua hidupku

Pandang aku pandanglah hatiku
Aku tak mampu
Melangkah tanpamu.....

Bila kamu tak lagi dengan ku ku
Tak tahu apa tuk jalani hidup ku
Bila memang kau
Pergi dari ku ku
Tak ada lagi di
Dunia ini...

Bukan ku tak punya harga diri
Tapi diri mu begitu bererti
Kau la nafasku
Engkau harga diriku
Mengerti aku....

Dirimu aku menemukan

p/s: antara lagu yang pernah dinyanyikan oleh si dia kepada aku tika mula rapat lebih dari kawan. (blush-blush) Awak, setiap kali awak nyanyi lagu ni, masa tu saya tak tahu nak tunjuk muka camna. Terharu tapi segan nak bertentang mata dengan awak. Dan kalau dapat bertentang mata dengan awak, saya rasa geram nak cium awak. Heeeeee~

Sunday, March 20, 2011

pilihan

Pertemuan di Puspakom, banyak merubah hidupku. Aku takkan anggap ia sebagai kebetulan. Sebab tak ada benda yang boleh menjadi suatu kebetulan. Semuanya dah diatur olehNya.

Cuma ketika pertemuan itu, aku tahu aku punya pelbagai pilihan, samada untuk teruskan kehidupan sediakala atau cuba menerima risiko yang akan datang, yang belum tentu memberi hasil yang baik atau tidak.

Setakat hari ini, aku tidak menyesal dengan pilihan yang aku dah buat.

:))

cinta yang unik

Aku percaya, hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih.

Kalau nak, katakan nak.
Kalau taknak, katakan taknak.
Jangan buat kita tertunggu-tunggu.
Betul kan?

Manusia tidak ada yang sempurna, semuanya serba kekurangan. Jadi jangan terlalu memilih. Dan tahukah engkau, perempuan bukannya memilih paras rupa dan kekayaan untuk jamin masa depan, perempuan cuma nak perhatian, kasih sayang dan komitmen. Itu saja.

Tak banyak pun.

Kekurangan wang ringgit, boleh dicari, tapi masa? Jangan dibazirkan macam tu je. 7 tahun tu tempoh yang lama. Sampai bila kena tunggu untuk orang tu bagi komitmen. Sampai orang tu capai cita-citanya. Abis tu, macamana dengan perempuan pula? Tak ada cita-cita yang dia nak capai ke?

Cinta itu unik.

Kalau cinta itu tak unik,
masakan perempuan sanggup menghabiskan wang demi si laki-laki untuk berdating.
Masakan perempuan sanggup menunggu berbulan-bulan/bertahun-tahun, untuk tidak menghampakan cita-cita si laki-laki itu.
Masakan perempuan sanggup menolak tepi cita-citanya untuk terus dekat dengan laki-laki itu.
Masakan perempuan itu sanggup menahan rindu bila berhari-hari tak dengar khabar dari si laki-laki.

Tapi... Rugi cinta dipersiakan begitu.

Baik cinta si perempuan diberikan kepada si laki-laki yang tahu menghargai.

Perempuan itu tahu laki-laki itu memang cinta dengannya, sebab si laki-laki pernah berkorban macam-macam untuk perempuan, mungkin lebih dari apa yang perempuan pernah berikan. Sebab atas korban itu, perempuan tu cuba bertahan selama 7tahun, cuba bertahan dan belajar menerima keadaan si laki-laki.

Tapi si perempuan tak mampu untuk belajar mencintai atau menerima keadaan si laki-laki, si perempuan cuma cintakan diri laki-laki.

Jadi, lebih baik si perempuan mengundur diri awal-awal dari dibelenggu masalah yang sama kalau-kalau mereka berdua berumahtangga bersama.

Dan masa yang sama si perempuan harap, keputusan akan beri faedah untuk kedua belah pihak, memandangkan dari awal, keluarga bagi kedua-dua belah pihak, bukanla berkenan sangat dengan calon yang dipilih masa tu. Keluarga si laki-laki lebih sukakan cikgu atau yang bekerja dengan kerajaan, yang keluarga si perempuan pulak, penat nak menunggu si laki-laki ni mengejar cita-cita.

Cuma, sewaktu perempuan mengundur diri, perempuan harap, kenangan yang mampu menjadi tanda mereka pernah bersama dulu. Bukan lagi masa depan.

Saturday, March 19, 2011

antara luahan hati si dia

----

pertama kali ku bertemu dgn mu
sayunya hatiku merindui dirimu
walaupun baru kita bersuka muka
namun aku telah jatuh cinta...

pertama kali ku bertemu denganmu
hatiku terpaut melihat senyuman mu
aku mengharap engkau menerimaku
kerna aku pun sgt mencintai mu...

akan ku renang lautan yg berapi
membuktikan kehebatanya cinta ini
tetapi jika engkau meninggalkan aku
terhiris hati ini
terguris jiwa ini
menangis tak berlagu...

biarpun ombak yg merubah pantai
kasih ku takkan hancur berderai
biar pun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti...

sayangku pimpinkan tanganmu
menuju mahligai bahgia
kita bersama
nikmati kisah cinta
hidup bagaikan disyurga oh kasih...

memang khilafku menyayangi mu
tapi ku tahu semua itu takkan kembali lagi
bukan ku pinta segunung janji
tidak ku harap sinaran ini
cuma ku ingin setulus kasih
kasih yang kekal selamanya...

---

p/s: luahan hati dari si dia... walaupun ni sebenarnya lirik lagu luahan hati nyanyian kristal, tapi ada bahagian yang si dia dah edit.. sebab nak sesuaikan dengan kejadian.. nway, terima kasih awak, atas nyanyian awak dalam fon tu. sweet. saya terharu.

Saturday, February 26, 2011

SMOTD: 26 Feb

Sweet Message Of The Day:

Saya tau ada owg lain dalam ati awak saya bunuh owg 2


Masa mula-mula dapat msg ni, terkejut sebentar. Alih-alih....


Awak nak bunuh buat apa? Buang current je.
Baik kawen dengan saya cepat-cepat. Wuhuuu!

Saturday, February 12, 2011

SMOTD: 12 Feb

Sweet Message Of The Day:

Saya dah janji nk jg hati awak


Erk, terkedu.

Jangan main-main dengan janji, saya tuntut nanti.

Friday, February 11, 2011

SMOTD: 11 Feb

Sweet Message Of The Day:


Saya memang x syg.. cinta awak je


Sentap ati masa baca empat perkataan pertama.
Hampeh tul.


Saya tak sayang awak jugak, tapi rindu je. Buekk!!

Saturday, February 5, 2011

SMOTD: 5 Feb

Sweet Message Of The Day:

Windu la... knp plak x windu...
walaupun saya gonjol saya rindu tau kat tunang saya


Mengaku pun yang dia tu gonjol kan.

Saya pun rindu awak juga