Saturday, September 8, 2012

Salah cakap

 
Tak sangka, kekasih hati aku ini, selalu salah cakap. Sabar je la... Tapi comel kot!
 
Syg, jam lonceng saye dah terbelah.
 
Jam lonceng? Jam lonceng pun boleh.... :P
 
Saye tertendang syg punye tmpt syilling..
 
Bersusah-susahnye nak sebut tempat syilling tu. Terbelit-belit lidah rase :P
 
Syg, jom kite gi gilladano..
 
Suke-suke je tukar Giordano jadi Gilladano :P 

Monday, August 13, 2012

Word Of The Day


Of coz from him!

InsyaAllah, kalau kita ada joloh bersama nanti

:)

Sunday, August 12, 2012

Word Of The Day


Of coz from him!

Sayang, ais dah layu!

:)

Saturday, August 11, 2012

Koyak

Tadi petang, aku ke pekan, saje nak beli bubble drink. Masa tengah sibuk-sibuk cari kad untuk collect cop dari kedai tu, aku terjumpe gmba aku berdua dengan si my ex itu. Sungguhla tak best, sebab tringat memori-memori lama kan.

Dan apa yang aku buat bila jumpe gamba tu, aku koyakkan untuk pisahkan aku dengan dia, dan aku campakkan bahagian dia keluar dari kereta. Huh!

Terasa BEST! Walaupun itu sekadar gambar dan tak bernyawa.

Biarlah gambar kau kena gelek dengan lori, kena kencing dengan anjing. Sebab itu bukan apa-apa kalau dibandingkan dengan balasan yang kau patut terima sebenarnya.

Mintak maaf, tapi elok kau mula insaf dengan segala salah silap kau penah buat kat orang semua tu, lagi-lagi dengan semua perempuan yang kau suka main-mainkan hati dan perasaan tu. Tak sampai setahun pun kau putus dengan aku tapi apa yang aku nampak, dah berapa ramai kau mainkan perasaan perempuan. Itu apa yang aku nampak kat facebook, realiti hanya Tuhan yang tahu.

Monday, August 6, 2012

sabar

Syukur, aku punya kau sebagai kekasih hati aku, bersabar dengan segala kerenah aku yang kadang-kadang naik turun mood. Kadang-kadang bertindak ganas dengan cubit halus lengan dan paha si dia, kadang-kadang tu aku cakap dengan cara endah tak endah, tampar-tampar di lengannya. Tapi masih, dia concern pasal hal aku. Syukur dan terharu sangat.

Pernah aku tanya si dia pasal hal ni, dia dengan selambanya, buat derk dan jawab tak kisah. Aku plak yang tolong tokok tambah, "Bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian kan?"

Heee... Redha je la ye sayang eh.
Maaf sayang, awak dapat kekasih hati yang berpakej dengan ganas, comel dan manja. Hahaha
*membakul diri sendiri. kihkihkih*

Sunday, August 5, 2012

peranan driver

Tadi pagi, masa tengah sibuk bersiap nak ke keje, ada benda yang terlintas dalam minda fikiran ku. Benda yang ntah macamana bole terlintas dan tersenyum seorang. Iaitu, untung aku menjadi driver untuk si dia.

Ye, memang aku jadi driver untuk si dia dan aku tak kisah sebab aku yang menakhluk kereta.

Hahaha!

Maksudnya untung disini, tak ada isu kena berleter dengan si dia bila aku siap lambat, sebab aku yang drive. Sekarang ni, aku yang amik peranan driver, berleter bila si dia siap lambat. Amik kesempatan untuk singgah di mana-mana jua. Amik peranan untuk drive macamana sekalipun. Dan si dia redha dan terima cara pemanduan itu (ntah kenapa, dah beberapa kali si dia puji cara pemanduan aku.. macam bagus sangat je :P)

Well... Ada lagi yang peranan-peranan girlfriend, diambil oleh si dia. Untuk peranan boyfriend, diambil oleh aku. Bukan semua eh, sikit-sikit je. Slow-slow reveal.. Time to time..

Wednesday, August 1, 2012

awak dan dia

Awak mesti pernah tertanya-tanya pasal hal awak dan dia kan?

Antara awak dan dia, dah tentu saya pilih awak. Saya taknak pilih dia lagi. Dia adalah kisah silam saya. Cukup kisah silam saya dengan dia. Insya-Allah, awak adalah kisah masa depan saya bersama nanti. Awak tak perlu rasa cemburu dengan dia. Malah awak perlu rasa gembira kerana saya pilih awak untuk berada di samping saya sekarang ni. Saya ikhlas untuk memberi kasih sayang saya untuk awak.

Sesekali saya akan sebut tentang dia kan depan awak, tapi jarang saya nak memuji hal dia kan. Selalunya saya akan sebut tentang rasa tidak puas hati atas perkara-perkara yang telah berlaku. Cuma maafkan saya, kerana masih lagi sebut tentang dia.

Untuk saat ini, saya rasa awak adalah kekasih hati saya yang terbaik walaupun awak ni rabun warna :P Percayalah, dengan kekurangan awak tu, dah pun menjadi kelebihan untuk saya di masa kini dan mungkin di masa depan. Awak patut bangga tau. Lagi-lagi, bila saya boleh cuba main-main teka warna dengan awak. Bukan ke seronok tu?

"Sayang, ni kaler ape?"
"Biru"
"Takla, hijau. :)"

Dan awak sedar tak, bila awak rabun warna, serta-merta saya boleh jadi driver awak seumur hidup. Mungkin orang rasa, tak seronok jadi driver untuk boyfriend, tapi diorang tak tahu, bila saya jadi driver awak, bila-bila masa saya ada kuasa untuk pilih destinasi, boleh tunjuk skill drive macho saya depan awak tu.. *macho ke?* :P

Tapi kan, itu je kekurangan awak. Saya tak jumpa lagi kekurangan yang lain, ataupun mungkin saya belum perasan. Saya cuma nampak kelebihan awak sekarang ni yang mana awak seorang yang tinggi, ada sense of humour, pemain sukan, pemain drum, pendengar yang baik (fast-learner) dan bertanggungjawab.

Mudahan awak selalu senang dengan perangai saya sepanjang perkenalan kita ini. Tegurlah saya bila perlu. Saya tahu saya ni degil orangnya. :)

Saturday, May 26, 2012

SMS Of The Day

 
Syg rindu.. terang bulan mlm ini~~,
brtemankn bintang beribu~~.. kerinduaan
 

Saturday, May 19, 2012

SMS Of The Day


happy bile brsame dgn awk.. xde kete pn xpe,
kite date je kt damai,x pn kt kl naik bas :)

Saturday, April 7, 2012

SMS Of The Day


Saye x pandai nk luahkn rase saye dr emosi, 
tp saye nk awk tahu saye btul2 sygkn awk..
saye x prasan saye jd coldheart dgn awk..


Friday, April 6, 2012

SMS Of The Day

 
Hmm.. saye x suke bile awk sentap..
sbb saye tkut pergi dr saye :(
 

Tuesday, April 3, 2012

SMS Of The Day


Sorry syg..jgn la majuk, saye x reti nk pujuk~~
kt mne lg tmpt utk brmnje~~ :(


SMS Of The Day



Biar la mereke bicara, saye sentiasa ingin disampingmu
*mood berjiwang tgh pg*


Monday, April 2, 2012

SMS Of The Day


Owh.. awk~~~ nape saye rase cm lame x jmpe awk :\

Quote Of The Day

Quote of the day

Hehe,mksud saye tu *awk da ade kt hati saye, dan jgn tggalkn saye scara perlahan, hati saye akn terluka :) maksud die x pernah trpikir lg :P

Something related to dont walk away from me, taken from Joe Brooks' song, Holes Inside

Saturday, March 31, 2012

Hati kepada seseorang

Alhamdulillah...

Berkat kesabaran dan ketabahan dibantu oleh kawan-kawan, aku mampu untuk lupakan si dia, dan mampu bertabah harungi hari-hari tanpa si dia.

Dan baru-baru ini, aku mula memberikan ruang hati kepada seseorang dan seseorang itu mula memulihkan keadaan yang sakit dulu. Parut masih ada tapi seseorang itu cuba gilap supaya parut itu tak lagi kelihatan.

Tanpa disedari, kami lebih rapat bukan sekadar kawan tapi lebih dari itu, hanya disebabkan cokelat choki-choki. :)

Ye, aku tahu hanya dengan tempoh sebulan.. Tapi perubahan sebegitu indah bila hati mula terbuka untuk menerima.

Terima kasih Allah kerana Kau tunjukkan aku dengan Mohd Khaiful Shahfez :)

Thursday, March 29, 2012

SMS Of The Day


Sifat manje dan jgk sifat awk yg x cerewet 
yg mnjdkn saye trtarik dgn awk :)