Monday, December 30, 2013

makan

Kami berdua dah tak reti nak dating.

Kami cuma pandai makan. Hari-hari jumpa untuk makan bersama. Dah tak ada aktiviti lain. Itu je aktivitinya. Siapa yang follow instagram aku, memang banyak gambar makanan dari tuan punya badan.

Jadi...

Jangan pelik kalau lepas ni banyak entri meratapi berat badan bertambah. Hahaha!

Wednesday, November 27, 2013

dunia aku tidak selalu indah

Sebulan dua ni, aku kerap menghadapi situasi tegang bersama bonda. Bonda kerap sensitif atas benda yang tak sepatutnya. Aku pernah consider seandainya aku berada di tempat bonda, tapi masih aku tak dapat feel macam yang bonda rasa. Mungkin sebab aku selalu compare dengan perwatakan ibu-ibu yang lain, yang selalu bertolak ansur dengan anak-anak mereka.

Maaf, zaman membesar aku agak berbeza dengan orang lain. Mungkin juga ada yang lebih kurang cuma jarang yang membesar dengan status anak tunggal. Sebelum aku mulakan tadika, aku membesar dengan bonda dan ayah. Hanya mulai tadika sehingga bermula zaman sekolah menengah, aku membesar dengan tok dan arwah wan ku. Walaupun sekejap, aku kira-kira dalam enam tahun, tapi tahun-tahun tersebut antara yang bermakna dan paling bernilai dalam hidup aku. Dalam tempoh itu, antara tempoh yang paling gembira dan hangat dalam keluarga aku sebelum ayah aku mula membina keluarga lain dan pakcik aku menamatkan zaman bujang.

Ketika ayah mula memulakan keluarga baru di tempat lain, aku tidak merasa kesan tersebut sebab aku masih ditatang dan dimanjakan oleh tok dan wan. Pasti yang sangat merasa terkesan ialah bonda. Yang bonda sibuk mempertahankan sebagai isteri pertama dan sibuk cemburu dengan keluarga baru. Masa tu aku sangat tak faham, tapi bila aku dah dewasa, elokla kalau bonda mampu bersabar dengan pemintaan ayah masa tu. Ayah bukan jahat sangat, dia cuma tamakkan anak lelaki je

Ketika aku berdarjah lima, bonda mula hidup berseorangan sebab bonda tidak lagi mengalu-alukan ayah. Yelah, aku kan tinggal dengan tok dan wan. Ayah memang ada pulang tapi selalu disambut dengan pergaduhan dari bonda. Ayah pun tak pandai nak berbincang dan pujuk bonda elok-elok sebab masing-masing dalam keadaan panas.

Mulai menengah, baru aku mulai temankan bonda di bandar. Itupun, teman ketika malam dan hujung minggu. Aku mula hidup berdikari, naik bas atau Star LRT ke sekolah sendiri, pergi tusyen sendiri, cari makan sendiri untuk pagi, tengahari dan malam, duduk umah sorang-sorang, layan tv sorang-sorang, kalau nak dibandingkan masa-masa tinggal dengan tok dan wan, dihantar-diamik kat sekolah dan tusyen, tok dah sediakan minum pagi, makan tengahari, makan malam, tengok tv bertemankan tok dan wan, kalau kena marah pun, dah ada tempat nak ngadu.

Lima tahun aku tinggal bersama bonda, yang kadang-kadang ditemani oleh tok dan wan dari kampung. Kemudian, aku hidup bebas tanpa pemantauan mereka semua, untuk tempoh hampir enam tahun semasa aku melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya. Sebaik graduat, kembali tinggal dengan bonda.

Sekembali tinggal dengan bonda, hubungan kami senantiasa tegang. Ada saje yang tak kena di pandangan mata bonda, lagi-lagi pilihan untuk menjadi kekasih hati dari dulu sampai sekarang. Kongkongan untuk keluar dengan kawan-kawan. Kongkongan untuk berbelanja.

Sekarang ni, bukan setakat itu yang menjadi isu. Malah berbagai-bagai lagi masalah mulai timbul, dan setiap kali terjadinya situasi tegang tu, aku mulai rasa bonda bukan lagi bonda yang sama aku kenali dulu. Apa sahaja yang aku cuba pertahankan diri, lansung tak bermakna apa-apa untuk bonda. Dan secara berlebihan aku pertahankan, bonda mula menuduh aku berperangai kurang ajar.

Pada usia aku ini, tidak ramai anak dara yang masih belum disunting, yang belum lagi berkeluarga. Rata-rata sibuk menguruskan keluarga baru dan dunia baru mereka. Kalau yang ada pun, dalam perjalanan menamatkan zaman bujang dalam tempoh terdekat. Kecuali sorang dua yang masih belum ditemukan jodoh olehNya. Pada usia aku ni juga, ramai yang mula mengukir senyuman atas kebanggaan diri masing-masing, tentang kejayaan mereka, tentang harta mereka tapi tidak aku.

Kadang-kadang aku frust. Kadang-kadang aku sedih. Aku masih tertanya dan dibelenggu dengan persoalan tentang kehidupan aku ini. Tentang kebebasan, jodoh, kerja, harta dan lain-lain.

Hmmm...



Friday, November 8, 2013

orang yang lupa diri

Baru-baru ni, aku kerap scroll up, scroll down tengok senarai kawan-kawan dalam whatsapp tu. Sebab aku save nama orang lain, tapi keluar muka orang lain. Jadi bila investigate, kawan aku tu dah tukar nombor pun. Nombor lama, lelaki cina yang pakai. Sebab tu aku pelik sangat.

Masa scroll tu jugak, perasan orang tu. Mula-mula buat tak kisah, tapi bila perasankan status dia yang macam berbunga-bunga tu, terasa sesuatu di hati. Mula-mula ok lagi perasaan tu, lama-lama terasa panas hati pulak. Lagi-lagi bila orang tu letak gambar barang kemas, dua tiga hari lepas tu, berkepuk-kepuk duit.

Orang tu, update status macam ni,

13/12/13 one step for a new life, new status and a new family (<3 i="">

Aku, bukan nak cemburu. Sungguh, takda. Orang tu nak kawen dengan siapa pun, aku memang tak cemburu lansung. Walaupun sebulan lepas, orang tu sibuk update bergambar dengan perempuan lain. Aku tahu, dia bukan perempuan yang sama sebab seorang kurus dan seorang lagi chubby. Lebih menyerupai shira (aku pernah mention pasal shira sebelum ni). Dan kalau betul shira sekali pun, sungguh aku tak kisah. Malah, aku rasa lebih baik mereka bersama berbanding orang tu bersama dengan perempuan lain. Sebab, aku pun dah kenal shira tu macamana. Sesuai, sesuai sangat. Kalau la pula perempuan lain yang menjadi pilihan orang tu, perempuan tu akan mendapat simpati aku yang sangat tinggi sebab perempuan tu bakal diserang penyakit makan hati sepanjang perkahwinan. 

Aku masih harapkan orang tu dah berubah, insaf apa yang orang tu pernah buat supaya apa yang aku teka, apa yang aku fikirkan tu, salah. Biar aku meraih dosa atas apa segala tuduhan tapi jauh di sudut hati, aku tahu orang tu tak pernah berubah dan tak pernah puas.

Aku rasa panas hati, bila ternampak-nampak gambar duit yang berkepuk-kepuk tu, panas hati bila ternampak-nampak gambar barang kemas. Yang mungkin akan diberikan pada bakal isteri orang tu. Kenapa orang tu bila ada duit, tak ingat nak bayar hutang dia kat aku. Kenapa jawapan yang aku dapat selepas aku tanya orang tu pasal duit, jawapan yang mengarut. "Saya ada masalah ni, awak tak faham".

Kepala tonjol kau aku tak paham. Aku memang tak paham la kalau kau menipu macam tu. Masalah kau ni, sebab nak kawen. Atas sebab apa kau taknak berterus terang yang kau nak kawen. Dan atas sebab apa kau berat sangat nak bayar hutang tu. Lima kali bayar RM100 pun aku tak kisah la asal kau lunaskan hutang kau tu. 

Aku takut kalau taknak halalkan duit hutang tu, sebab aku memang takda hak. Lagi-lagi kalau duit tu dah jadi darah daging kau. Itu hak Tuhan nak halal haramkan duit tu. Tapi aku tau, duit tu memang tak berkat sebab kau menipu aku bermacam-macam. Tuhan yang tahu, keadaan aku selepas aku berkenalan dengan kau tu macamana.

Beb, tolongla. Dalam ati aku ni, dah berkali-kali aku mencarut kat kau tau. Jangan sampai aku mencarut dan maki kau depan-depan. Kau memang tak reti malu kot?


Wednesday, October 9, 2013

muncung mulut

muncung mulut

si dia jarang bergambar, tapi sekali ajak bergambar, begini lah jadinya

Tuesday, October 8, 2013

Dekat tapi Jauh. Jauh tapi Dekat.

Kelmarin, semasa dinner sama-sama,

"Sayang, kalau saya nak apply kerja kat Perlis boleh tak?"
"Tak boleh"
"Nape?"
"Susah hubungan jarak jauh ni. Saya tak percaya kat diri saya untuk mempercayai sayang bila berjauhan"
"Saya tahu, tapi kalau kat sana saya boleh dapat rezeki lebih macamana?"
"Sayang tanggung saya. Saya dok umah. Saya masak untuk sayang"
"Pandai ke masak?"
"Tak. Tapi saya masak je la pape pun"

Terkedu. Tak tau nak bincang macamana lagi.

Hubungan jarak jauh memang susah. Kepercayaan dan kesetiaan kena ada. Kurang sikit kepercayaan mahupun kesetiaan itu, hancurlah hubungan. Lagi-lagi dengan pengalaman sebelum ni, yang banyak mengajar. Kecuali jika hubungan halal sudah dibentuk. Hubungan halal antara dua kekasih mampu menguatkan lagi kepercayaan dan kesetiaan itu.

Aku percaya si dia, si dia pun percayakan aku. Tapi, masing-masing takut nak gadaikan kepercayaan tu. Lebih senang ambil jalan selamat. Dekat antara satu sama lain.

Wednesday, October 2, 2013

beriadah

Tak sabar menunggu Sabtu ni untuk berjogging dengan kekasih hati. Untuk kami berdua luangkan masa bersama bagi menjalankan aktiviti-aktiviti beriadah adalah sangat susah, sejak kami berdua jarang dapat cuti bersama. Sebab kebanyakkan masa, si dia akan cuti semasa hari biasa. Jarang dapat cuti hari minggu. Kalau dulu masa kami sama-sama satu tempat kerja, aku akan pastikan aku yang akan dapat cuti bersama si dia, sekarang dah lain tempat kerja, si dia pulak kena usaha untuk dapat cuti bersama aku.

Tak sabar nak berpeluh-peluh. Tak sabar nak main kejar-kejar kat taman layang-layang. Tak sabar nak kurangkan lemak di badan ni. Hee...

Mudah-mudahan cuaca bersinar terang pada hari Sabtu ni, seperti merestui kami untuk beriadah bersama. Ameen~~

Thursday, September 19, 2013

kerisauan dihargai

Semalam kekasih hati dah mula melontarkan ayat-ayat yang berbau kerisauan di 'handphone'. Tapi pagi ini, baru aku sempat baca. Ayat si dia pendek tapi sangat tersirat. Menunjukkan segala jenis kerisauan yang melanda hati si dia.

Aku agak...

Kerisauan seandainya si dia dilupakan.
Kerisauan seandainya aku tidak mahu lagi berkongsi pengalaman dan cerita-cerita yang berlaku setiap hari. Kerisauan seandainya si dia bukan lagi 'priority' dalam hidup aku ini.
Kerisauan seandainya aku mula berahsia daripada si dia.
Kerisauan seandainya aku mula berubah hati.

Saat aku baca 'text' yang dikirim, aku senyum. Senyum sebab bangga si dia sayangkan aku. Senyum sebab aku bertuah si dia rindukan aku walaupun setiap hari kami berjumpa, makan bersama.

Saat tu jugak aku terfikir dan teringat memori lepas. Dulu, pernah jugak aku dapat 'text' yang berbau kerisauan macam tu, tapi aku tak rasa suka, malah aku rasa tertekan. Sebab?

Sebab masa tu, aku rasa dikongkong. Terasa seperti terikat dengan satu hubungan yang tak pasti. Mungkin sebab status 'tak pasti', aku berasa demikian. Lagi-lagi, masa tu orang tu tak memahami dengan keadaan aku dan sifat-sifat aku yang perlukan sedikit kebebasan untuk berkawan. Terasa dikongkong tapi tak diberi perhatian. Ha, macam mana tu kan?

Aku baca balik apa yang ditaip pun macam 'complicated' tapi itulah hakikatnya.

Bila aku perlukan kebebasan untuk berkawan, orang tu dari kata-kata seperti membenarkan tapi kemudiannya seperti mengongkong.
Bila aku perlukan orang tu disamping aku, saat tu jugak orang tu sibuk dengan aktivitinya.

Macam tu ke perasaan dihargai?

Dah, dah. Tak perlu lagi nak 'recall' kenangan lama. Tak berbaloi..

Tuesday, September 3, 2013

masak

Aku rindu nak masak untuk si dia.

Masak yang simple-simple je sebab aku ni kan beginner.

Bukan apa, rindu nak tunggu si dia puji, sedap! *hehe*

Monday, September 2, 2013

pertembungan tak diduga

Sabtu lepas, keluar date bersama si dia, nak ke Mid Valley. Konon-konon nak layan tengok wayang free, atas pemberian percuma dua tiket free dari GSC sempena birthday month si dia. Petang baru ada masa, so baru nak bertolak. On the way nak ke Mid Valley tu, dengan keadaan cuaca yang masih mendung sebab baru hujan berhenti, ternampak kelibat kereta myvi pink-fuchsia orang tu. Senang nak cam sebab itu port yang selalu dia buang masa apabila hujan berhenti, sebab dia ranger yang mencari kereta accident. 

Ada bagtau si dia pasal hal tu, sebab nak dia tahu kalau lepas ni terserempak lagi myvi pink-fuchsia, itu adalah orang tu. Belum pun sampai dekat Mid Valley, kami berdua terserempak dengan accident. Aku pun bagitau dengan si dia, "Japgi, orang tu mesti sampai. Dia tu bukan boleh dengar info accident walaupun dah ada ranger kat situ". Tup-tup, kereta orang tu melintas dan pintas kereta kami. Dan dia bersama seorang gadis. Heh!

Kami pun sampai kat Mid Valley, lepak-lepak, cuci-cuci mata, bagi kaki exercise dengan jalan sana sini. Hehe. So malam tu, si dia nak tengok bola, ada game antara Liverpool dengan MU. Jadi, bercadangla nak ke Ghulam Mee, besar sikit skrinnya tu, lagi-lagi si dia ni rabun jauh. Baru je masuk kawasan nak parking kereta, nampak deretan myvi berkumpul, dan ternampak lagi kereta orang tu. 

Si dia awal-awal dah cakap, orang tu ada. Dia pun ajak ke tempat lain. Sebab si dia tahu, perasaan aku dengan orang tu. Bukan sebab kisah lama takut berbunga kembali tapi sebab rasa geram nak perli dan herdik orang tu membuak-buak. Tak pasal ada tragedi malam merdeka pulak nanti. Akhirnya, kami pun ke Restoran Kayu di Kota Damansara. 

Keputusan game malam tu, Liverpool vs MU, 1-0. Scoring seawal minit ke-4. Mujur sempat tengok. Wahai Coutinho, I love your new haircut! Eh, ke laut pulak nak cerita pasal game bola kan.

Malam tu, aku terfikir-fikir, apa yang Allah cuba aturkan. Seperti sengaja untuk kami berjumpa. Aku tak tahu samada, sepatutnya aku patut jumpa orang tu atau pun mengelak seperti yang aku buat sabtu lepas. Mungkin sepatutnya malam tu, rezeki aku untuk collect hutang dari orang tu. 

Bukan penyesalan, tapi masih fikirkan hikmahnya. 

Oh ye! Aku dah lama unfriend orang tu! *clap! clap!*


Monday, August 26, 2013

kerja, cuti, rindu

As I work in a new place, my relationship dengan si dia agak renggang sikit. Tak serapat dulu. Dia akan cuti pada hari aku bekerja. Aku pula, kalau aku cuti pun dan dia pun tak cuti, aku cuba sibukkan diri dengan kerja sampingan. So, selalunya kami dating selepas waktu kerja aku *yang kerja utama* (itupun kalau aku tak terikat dengan kerja sampingan).

So far, memang takda hari yang kami sama-sama cuti. Kalau tak salah aku, si dia cuti sabtu ni, tapi aku awal-awal dah isi jadual untuk kerja sampingan. Kan 'triple pay'. Rugila pulak kalau tak dapat kerja masa tu. Tapi dalam hati, teringin nak pergi date macam dulu-dulu.

Kalau dulu, aku selalu jadi driver untuk si dia, berhantar-berambil dari tempat kerja. Kadang-kadang ke tempat jamming, futsal. Tapi sekarang, aku jadi driver bila ada masanya je. Selalunya pabila si dia habis kerja waktu malam.

Kesian si dia.. Tapi lebih kepada rindu. Rindu nak chit-chat di waktu malam sambil brainstorming untuk merepek ke laut. Rindu nak berdua-dua sambil tak payah fikir, jam berapa nak kena balik. Rindu nak makan sedap-sedap dengan si dia. (boleh kalau nak makan sedap secara berseorangan, cuma hasilnya tak sesedap pabila makan berdua)

Nampaknya kena pastikan si dia cuti sama dengan aku cuti, which is hari sabtu atau ahad. Tapi bukan seronok pun dating kat luar waktu weekend, sebab terlalu ramai orang. Aish.. Aku kot yang kena cuti hari biasa.

Thursday, August 15, 2013

mimpi si dia

Semalam dia cerita pasal mimpi yang dialami sebelum tu. Panjang dan begitu halusi mimpinya. Terperinci dari warna, orang yang dia jumpa semua. Semuanya mimpi tu tentang aku. Yang kemungkinan aku mencurangi si dia. Ya Tuhan, aku mintak simpang. Jauhkanlah perasaan curang dan khianat itu.

Kerana aku sendiri memahami perasaan dicurangi dan dikhianati itu

Tuesday, August 6, 2013

takut

Semakin lama semakin sunyi...

Setiap kali aku terjumpa kawan-kawan lama, yang betul-betul lama tak jumpa, mesti ada soalan wajib. Antara soalan wajibnya, "Bila dapat rasa makan nasi minyak kau ni?". Aku terkedu dan jawapan selamat (bagi aku jawapan selamat), "kau tanyala dengan dia, aku mana tau". Lepas tu, si dia terpinga-pinga tak tau nak bagi jawapan apa kalau masa tu dia ada di samping aku.

Sorry, aku pun tak tau bila aku nak kahwin. Bila aku nak menamatkan zaman bujang aku ni. Bukan aku tak teringin, hanya Allah yang tahu betapa teringin hati ni nak jadi isteri untuk si dia, nak ada famili sendiri. Hari-hari aku berdoa semoga hubungan aku dengan si dia dijadikan halal atas nama Allah s.w.t. Hari-hari aku berdoa, dipermudahkan segala urusan untuk aku jadi isteri si dia. Tapi, bukan rezeki aku lagi. Itu kan kerja Allah nak bagi bila.

Tapi aku takut... Masih takut dengan kenangan-kenangan lepas. Aku takut kalau hubungan yang kali ni pun tak menjadi jugak. Aku tau, tak baik untuk aku berfikiran macam ni. Cuma ada perasaan was-was dalam ati dan terasa bukan jodoh aku dengannya. 

Kita akan selalu berdoa hubungan yang ada sekarang ni akan berakhir di jinjang pelamin, dan hubungan di jinjang pelamin akan berterusan ke jannah. Tapi aku takut untuk sayang macam dulu. Takut untuk meluahkan perasaan dalam hati ini. Acapkali, aku akan cuba untuk jadi kaku dalam meluahkan perasaan ataupun simpan diam-diam perasaan dalam hati dan hasilnya, aku dah lupa macamana nak jadi diri aku sendiri, dah lupa nak jadi romantik. Malah terus kekal dengan hati kaku.

Bila dah pernah putus cinta, betul kata orang, kita dah tak pandai nak bercinta macam dulu-dulu. Dah tak pandai nak amik hati orang yang kita suka tu. Dah tak pandai nak bergaya untuk pergi dating. Kadang-kadang tu, terasa nak bukak diari, baca balik, tip-tip untuk bercinta balik. Itupun diari dalam minda je. Yang lebih banyak kedukaan dari keindahan.

Namun, teruskanla berdoa untuk aku, mudahan doa aku dimakbulkan, segala urusan dipermudahkan untuk aku jadi kekasih halal baginya dan dapat menikmati keindahan bercinta dalam perkahwinan.





Monday, August 5, 2013

syukur

Alhamdulillah... Aku tak henti-henti bersyukur kerana punya si dia di sisi aku ketika aku dilanda musibah. Kalau dulu, aku ada arwah atuk aku yang selalu bagi semangat dan kekuatan. Sekarang aku ada si dia.

Saturday, September 8, 2012

Salah cakap

 
Tak sangka, kekasih hati aku ini, selalu salah cakap. Sabar je la... Tapi comel kot!
 
Syg, jam lonceng saye dah terbelah.
 
Jam lonceng? Jam lonceng pun boleh.... :P
 
Saye tertendang syg punye tmpt syilling..
 
Bersusah-susahnye nak sebut tempat syilling tu. Terbelit-belit lidah rase :P
 
Syg, jom kite gi gilladano..
 
Suke-suke je tukar Giordano jadi Gilladano :P 

Monday, August 13, 2012

Word Of The Day


Of coz from him!

InsyaAllah, kalau kita ada joloh bersama nanti

:)

Sunday, August 12, 2012

Word Of The Day


Of coz from him!

Sayang, ais dah layu!

:)

Saturday, August 11, 2012

Koyak

Tadi petang, aku ke pekan, saje nak beli bubble drink. Masa tengah sibuk-sibuk cari kad untuk collect cop dari kedai tu, aku terjumpe gmba aku berdua dengan si my ex itu. Sungguhla tak best, sebab tringat memori-memori lama kan.

Dan apa yang aku buat bila jumpe gamba tu, aku koyakkan untuk pisahkan aku dengan dia, dan aku campakkan bahagian dia keluar dari kereta. Huh!

Terasa BEST! Walaupun itu sekadar gambar dan tak bernyawa.

Biarlah gambar kau kena gelek dengan lori, kena kencing dengan anjing. Sebab itu bukan apa-apa kalau dibandingkan dengan balasan yang kau patut terima sebenarnya.

Mintak maaf, tapi elok kau mula insaf dengan segala salah silap kau penah buat kat orang semua tu, lagi-lagi dengan semua perempuan yang kau suka main-mainkan hati dan perasaan tu. Tak sampai setahun pun kau putus dengan aku tapi apa yang aku nampak, dah berapa ramai kau mainkan perasaan perempuan. Itu apa yang aku nampak kat facebook, realiti hanya Tuhan yang tahu.

Monday, August 6, 2012

sabar

Syukur, aku punya kau sebagai kekasih hati aku, bersabar dengan segala kerenah aku yang kadang-kadang naik turun mood. Kadang-kadang bertindak ganas dengan cubit halus lengan dan paha si dia, kadang-kadang tu aku cakap dengan cara endah tak endah, tampar-tampar di lengannya. Tapi masih, dia concern pasal hal aku. Syukur dan terharu sangat.

Pernah aku tanya si dia pasal hal ni, dia dengan selambanya, buat derk dan jawab tak kisah. Aku plak yang tolong tokok tambah, "Bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian kan?"

Heee... Redha je la ye sayang eh.
Maaf sayang, awak dapat kekasih hati yang berpakej dengan ganas, comel dan manja. Hahaha
*membakul diri sendiri. kihkihkih*

Sunday, August 5, 2012

peranan driver

Tadi pagi, masa tengah sibuk bersiap nak ke keje, ada benda yang terlintas dalam minda fikiran ku. Benda yang ntah macamana bole terlintas dan tersenyum seorang. Iaitu, untung aku menjadi driver untuk si dia.

Ye, memang aku jadi driver untuk si dia dan aku tak kisah sebab aku yang menakhluk kereta.

Hahaha!

Maksudnya untung disini, tak ada isu kena berleter dengan si dia bila aku siap lambat, sebab aku yang drive. Sekarang ni, aku yang amik peranan driver, berleter bila si dia siap lambat. Amik kesempatan untuk singgah di mana-mana jua. Amik peranan untuk drive macamana sekalipun. Dan si dia redha dan terima cara pemanduan itu (ntah kenapa, dah beberapa kali si dia puji cara pemanduan aku.. macam bagus sangat je :P)

Well... Ada lagi yang peranan-peranan girlfriend, diambil oleh si dia. Untuk peranan boyfriend, diambil oleh aku. Bukan semua eh, sikit-sikit je. Slow-slow reveal.. Time to time..

Wednesday, August 1, 2012

awak dan dia

Awak mesti pernah tertanya-tanya pasal hal awak dan dia kan?

Antara awak dan dia, dah tentu saya pilih awak. Saya taknak pilih dia lagi. Dia adalah kisah silam saya. Cukup kisah silam saya dengan dia. Insya-Allah, awak adalah kisah masa depan saya bersama nanti. Awak tak perlu rasa cemburu dengan dia. Malah awak perlu rasa gembira kerana saya pilih awak untuk berada di samping saya sekarang ni. Saya ikhlas untuk memberi kasih sayang saya untuk awak.

Sesekali saya akan sebut tentang dia kan depan awak, tapi jarang saya nak memuji hal dia kan. Selalunya saya akan sebut tentang rasa tidak puas hati atas perkara-perkara yang telah berlaku. Cuma maafkan saya, kerana masih lagi sebut tentang dia.

Untuk saat ini, saya rasa awak adalah kekasih hati saya yang terbaik walaupun awak ni rabun warna :P Percayalah, dengan kekurangan awak tu, dah pun menjadi kelebihan untuk saya di masa kini dan mungkin di masa depan. Awak patut bangga tau. Lagi-lagi, bila saya boleh cuba main-main teka warna dengan awak. Bukan ke seronok tu?

"Sayang, ni kaler ape?"
"Biru"
"Takla, hijau. :)"

Dan awak sedar tak, bila awak rabun warna, serta-merta saya boleh jadi driver awak seumur hidup. Mungkin orang rasa, tak seronok jadi driver untuk boyfriend, tapi diorang tak tahu, bila saya jadi driver awak, bila-bila masa saya ada kuasa untuk pilih destinasi, boleh tunjuk skill drive macho saya depan awak tu.. *macho ke?* :P

Tapi kan, itu je kekurangan awak. Saya tak jumpa lagi kekurangan yang lain, ataupun mungkin saya belum perasan. Saya cuma nampak kelebihan awak sekarang ni yang mana awak seorang yang tinggi, ada sense of humour, pemain sukan, pemain drum, pendengar yang baik (fast-learner) dan bertanggungjawab.

Mudahan awak selalu senang dengan perangai saya sepanjang perkenalan kita ini. Tegurlah saya bila perlu. Saya tahu saya ni degil orangnya. :)