Monday, August 26, 2013

kerja, cuti, rindu

As I work in a new place, my relationship dengan si dia agak renggang sikit. Tak serapat dulu. Dia akan cuti pada hari aku bekerja. Aku pula, kalau aku cuti pun dan dia pun tak cuti, aku cuba sibukkan diri dengan kerja sampingan. So, selalunya kami dating selepas waktu kerja aku *yang kerja utama* (itupun kalau aku tak terikat dengan kerja sampingan).

So far, memang takda hari yang kami sama-sama cuti. Kalau tak salah aku, si dia cuti sabtu ni, tapi aku awal-awal dah isi jadual untuk kerja sampingan. Kan 'triple pay'. Rugila pulak kalau tak dapat kerja masa tu. Tapi dalam hati, teringin nak pergi date macam dulu-dulu.

Kalau dulu, aku selalu jadi driver untuk si dia, berhantar-berambil dari tempat kerja. Kadang-kadang ke tempat jamming, futsal. Tapi sekarang, aku jadi driver bila ada masanya je. Selalunya pabila si dia habis kerja waktu malam.

Kesian si dia.. Tapi lebih kepada rindu. Rindu nak chit-chat di waktu malam sambil brainstorming untuk merepek ke laut. Rindu nak berdua-dua sambil tak payah fikir, jam berapa nak kena balik. Rindu nak makan sedap-sedap dengan si dia. (boleh kalau nak makan sedap secara berseorangan, cuma hasilnya tak sesedap pabila makan berdua)

Nampaknya kena pastikan si dia cuti sama dengan aku cuti, which is hari sabtu atau ahad. Tapi bukan seronok pun dating kat luar waktu weekend, sebab terlalu ramai orang. Aish.. Aku kot yang kena cuti hari biasa.

Thursday, August 15, 2013

mimpi si dia

Semalam dia cerita pasal mimpi yang dialami sebelum tu. Panjang dan begitu halusi mimpinya. Terperinci dari warna, orang yang dia jumpa semua. Semuanya mimpi tu tentang aku. Yang kemungkinan aku mencurangi si dia. Ya Tuhan, aku mintak simpang. Jauhkanlah perasaan curang dan khianat itu.

Kerana aku sendiri memahami perasaan dicurangi dan dikhianati itu

Tuesday, August 6, 2013

takut

Semakin lama semakin sunyi...

Setiap kali aku terjumpa kawan-kawan lama, yang betul-betul lama tak jumpa, mesti ada soalan wajib. Antara soalan wajibnya, "Bila dapat rasa makan nasi minyak kau ni?". Aku terkedu dan jawapan selamat (bagi aku jawapan selamat), "kau tanyala dengan dia, aku mana tau". Lepas tu, si dia terpinga-pinga tak tau nak bagi jawapan apa kalau masa tu dia ada di samping aku.

Sorry, aku pun tak tau bila aku nak kahwin. Bila aku nak menamatkan zaman bujang aku ni. Bukan aku tak teringin, hanya Allah yang tahu betapa teringin hati ni nak jadi isteri untuk si dia, nak ada famili sendiri. Hari-hari aku berdoa semoga hubungan aku dengan si dia dijadikan halal atas nama Allah s.w.t. Hari-hari aku berdoa, dipermudahkan segala urusan untuk aku jadi isteri si dia. Tapi, bukan rezeki aku lagi. Itu kan kerja Allah nak bagi bila.

Tapi aku takut... Masih takut dengan kenangan-kenangan lepas. Aku takut kalau hubungan yang kali ni pun tak menjadi jugak. Aku tau, tak baik untuk aku berfikiran macam ni. Cuma ada perasaan was-was dalam ati dan terasa bukan jodoh aku dengannya. 

Kita akan selalu berdoa hubungan yang ada sekarang ni akan berakhir di jinjang pelamin, dan hubungan di jinjang pelamin akan berterusan ke jannah. Tapi aku takut untuk sayang macam dulu. Takut untuk meluahkan perasaan dalam hati ini. Acapkali, aku akan cuba untuk jadi kaku dalam meluahkan perasaan ataupun simpan diam-diam perasaan dalam hati dan hasilnya, aku dah lupa macamana nak jadi diri aku sendiri, dah lupa nak jadi romantik. Malah terus kekal dengan hati kaku.

Bila dah pernah putus cinta, betul kata orang, kita dah tak pandai nak bercinta macam dulu-dulu. Dah tak pandai nak amik hati orang yang kita suka tu. Dah tak pandai nak bergaya untuk pergi dating. Kadang-kadang tu, terasa nak bukak diari, baca balik, tip-tip untuk bercinta balik. Itupun diari dalam minda je. Yang lebih banyak kedukaan dari keindahan.

Namun, teruskanla berdoa untuk aku, mudahan doa aku dimakbulkan, segala urusan dipermudahkan untuk aku jadi kekasih halal baginya dan dapat menikmati keindahan bercinta dalam perkahwinan.





Monday, August 5, 2013

syukur

Alhamdulillah... Aku tak henti-henti bersyukur kerana punya si dia di sisi aku ketika aku dilanda musibah. Kalau dulu, aku ada arwah atuk aku yang selalu bagi semangat dan kekuatan. Sekarang aku ada si dia.