Saturday, November 5, 2011

Simbolik

Sepatutnya hari ini patut menjadi hari yang paling bersejarah bagi aku dengan dia, kerana pada awal pertunangan, kami merancang untuk bersanding hari ini. Tadi aku ternampak-nampak betapa meriahnya majlis kami hari ini tapi itu cumalah sekadar khayalan.

Aku terima dengan hati yang lebih terbuka berbanding sebulan dua yang lepas, mungkin bukan tarikh ini yang menjadi tarikh bertuah untuk aku. Mungkin di masa akan datang, tarikh yang lebih baik akan menjadi saksi untuk hari pernikahan dan hari persandingan aku dengan jodohku nanti.

Tapi walau macamana sekalipun, tarikh semalam tetap mengukir sejarah tanpa dirancang, yang tetap menjadi simbolik untuk cinta kami. Harapnya yang masih menjadi cinta milik kami berdua, bukan aku seorang.

Boleh dikatakan tarikh ini, mengikatkan kembali hubungan kami berdua. Yang menjadikan aku kembali diterima dalam keluarganya secara tidak lansung. Si dia juga mula berterus terang tentang keadaan yang telah terjadi antara kami berdua, dan perancangan dia pada masa hadapan. Penjelasan si dia sikit sebanyak membantu dalam memujuk hati aku ni.

Moganya arini bakal menjadi titik permulaan untuk hubungan kami yang lebih baik pada masa depan. ;)

No comments:

Post a Comment