Thursday, September 19, 2013

kerisauan dihargai

Semalam kekasih hati dah mula melontarkan ayat-ayat yang berbau kerisauan di 'handphone'. Tapi pagi ini, baru aku sempat baca. Ayat si dia pendek tapi sangat tersirat. Menunjukkan segala jenis kerisauan yang melanda hati si dia.

Aku agak...

Kerisauan seandainya si dia dilupakan.
Kerisauan seandainya aku tidak mahu lagi berkongsi pengalaman dan cerita-cerita yang berlaku setiap hari. Kerisauan seandainya si dia bukan lagi 'priority' dalam hidup aku ini.
Kerisauan seandainya aku mula berahsia daripada si dia.
Kerisauan seandainya aku mula berubah hati.

Saat aku baca 'text' yang dikirim, aku senyum. Senyum sebab bangga si dia sayangkan aku. Senyum sebab aku bertuah si dia rindukan aku walaupun setiap hari kami berjumpa, makan bersama.

Saat tu jugak aku terfikir dan teringat memori lepas. Dulu, pernah jugak aku dapat 'text' yang berbau kerisauan macam tu, tapi aku tak rasa suka, malah aku rasa tertekan. Sebab?

Sebab masa tu, aku rasa dikongkong. Terasa seperti terikat dengan satu hubungan yang tak pasti. Mungkin sebab status 'tak pasti', aku berasa demikian. Lagi-lagi, masa tu orang tu tak memahami dengan keadaan aku dan sifat-sifat aku yang perlukan sedikit kebebasan untuk berkawan. Terasa dikongkong tapi tak diberi perhatian. Ha, macam mana tu kan?

Aku baca balik apa yang ditaip pun macam 'complicated' tapi itulah hakikatnya.

Bila aku perlukan kebebasan untuk berkawan, orang tu dari kata-kata seperti membenarkan tapi kemudiannya seperti mengongkong.
Bila aku perlukan orang tu disamping aku, saat tu jugak orang tu sibuk dengan aktivitinya.

Macam tu ke perasaan dihargai?

Dah, dah. Tak perlu lagi nak 'recall' kenangan lama. Tak berbaloi..

No comments:

Post a Comment