Monday, October 3, 2011

Mushkil

Hari demi hari, aku terasa diri aku makin kuat. Hati pun makin kuat. Untuk mengurangkan perasaan rindu pada si dia dan mampu menahan dari terus ingat dia lagi. Cuma sesekali, banyak perkara yang datang menyinggah dan mengganggu ketabahan hati ini.

Acapkali orang menegur aku supaya terus lupakan si dia. Memulakan hidup baru. Mencari jodoh yang lebih baik. Kalau ia semudah yang dikatakan, kenapa ramai yang sanggup membunuh diri kerana cinta?

Aku mulai paham perasaan mereka yang mampu membuat keputusan untuk membunuh diri kerana cinta. Dan aku rasa hebatnya cinta mereka kerana berkeputusan macam tu tapi masa yang sama bodohnya mereka kerana tidak berfikiran panjang. Ada tika, aku pernah berperasaan macam tu, tapi aku masih ada akal waras lagi.

Sebab keputusan macam tu, hanyalah untuk meraih perhatian. Hanyalah untuk buatkan pasangan kau rasa miserable. Masalahnya, perhatian kau tu hanya bertahan selama beberapa hari je. Dan perasaan miserable tu paling lama tahan pun sebulan. Itu pun kalau pasangan kau bukan jenis hati kering.

Dan rata-rata jenis hati kering, kalau tak, takkan kau ditinggalkan dengan si dia macam tu je kan.

Cuma aku muskil dengan si dia ni. Kami memang dah takda apa-apa hubungan kecuali mungkin seperti kawan biasa, tapi kenapa dia mesti simpan gambar hari bermakna kami, kenapa dia mesti simpan gamba kami yang sangat rapat dulu, dan kenapa dia taknak buang status kami berdua.

Dan kenapa dia masih bermanja seperti dulu lagi...


Sudah-sudahla pikir. Takda hasil pun.. Biarkan tergantung macam tu..


Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini untuk meneruskan kehidupan tanpa si dia di sisi ku lagi dan tika aku menerima segala ketentuanMu. Dan Kau berikanlah jodoh yang baik-baik dan kebahagiaan kepadaku seperti Kau aturkan untuk semua hambaMu. Ameen~~

No comments:

Post a Comment