Wednesday, October 19, 2011

Terkilan

Sayang
Sedarkah kau jika kita masih bersama,
Berganding bahu dalam
Mengharungi rintangan dan masalah
Yang menjauhkan kau dan aku tika itu
Perjalanan untuk hubungan yang lebih halal
Tinggal tak beberapa hari lagi.

Jika kita masih bersama,
Aku pasti minggu-minggu terakhir ini
Bakal menambah tekanan
Untuk mu dan juga untuk diri ku
Bagi meraikan majlis Raja Ratu Sehari
Kita berdua
Tapi, berdua lebih baik
Dari menghadapi rintangan seorang diri
Kau cuma perlu ingat yang
Aku sentiasa ada disisi mu
Walaupun sepayah mana halangan itu
Diberikan...

Aku percaya segala pahit getir ini
Kita akan kenang sebagai memori indah
Di kemudian hari nanti
Dan boleh diceritakan
Pada anak-anak
Sebagai teladan dan memori yang kita harungi

Tapi
Kau dah pun mengaku kalah
Sedangkan kau belum pun berperang
Dan kau tak pernah berikan peluang
Padaku
Untuk aku membantu

Cuma kau berikan alasan
Kita dua bukan pasangan yang sesuai
Untuk bertempur di medan perang
Hanya kerana kita tidak pernah berbincang
Bersama
Aku terkilan

Aku berharap
Semoga keputusan yang kau buat itu
Atas kepentingan bersama
Bukan atas kepentingan kau seorang

No comments:

Post a Comment