Wednesday, November 27, 2013

dunia aku tidak selalu indah

Sebulan dua ni, aku kerap menghadapi situasi tegang bersama bonda. Bonda kerap sensitif atas benda yang tak sepatutnya. Aku pernah consider seandainya aku berada di tempat bonda, tapi masih aku tak dapat feel macam yang bonda rasa. Mungkin sebab aku selalu compare dengan perwatakan ibu-ibu yang lain, yang selalu bertolak ansur dengan anak-anak mereka.

Maaf, zaman membesar aku agak berbeza dengan orang lain. Mungkin juga ada yang lebih kurang cuma jarang yang membesar dengan status anak tunggal. Sebelum aku mulakan tadika, aku membesar dengan bonda dan ayah. Hanya mulai tadika sehingga bermula zaman sekolah menengah, aku membesar dengan tok dan arwah wan ku. Walaupun sekejap, aku kira-kira dalam enam tahun, tapi tahun-tahun tersebut antara yang bermakna dan paling bernilai dalam hidup aku. Dalam tempoh itu, antara tempoh yang paling gembira dan hangat dalam keluarga aku sebelum ayah aku mula membina keluarga lain dan pakcik aku menamatkan zaman bujang.

Ketika ayah mula memulakan keluarga baru di tempat lain, aku tidak merasa kesan tersebut sebab aku masih ditatang dan dimanjakan oleh tok dan wan. Pasti yang sangat merasa terkesan ialah bonda. Yang bonda sibuk mempertahankan sebagai isteri pertama dan sibuk cemburu dengan keluarga baru. Masa tu aku sangat tak faham, tapi bila aku dah dewasa, elokla kalau bonda mampu bersabar dengan pemintaan ayah masa tu. Ayah bukan jahat sangat, dia cuma tamakkan anak lelaki je

Ketika aku berdarjah lima, bonda mula hidup berseorangan sebab bonda tidak lagi mengalu-alukan ayah. Yelah, aku kan tinggal dengan tok dan wan. Ayah memang ada pulang tapi selalu disambut dengan pergaduhan dari bonda. Ayah pun tak pandai nak berbincang dan pujuk bonda elok-elok sebab masing-masing dalam keadaan panas.

Mulai menengah, baru aku mulai temankan bonda di bandar. Itupun, teman ketika malam dan hujung minggu. Aku mula hidup berdikari, naik bas atau Star LRT ke sekolah sendiri, pergi tusyen sendiri, cari makan sendiri untuk pagi, tengahari dan malam, duduk umah sorang-sorang, layan tv sorang-sorang, kalau nak dibandingkan masa-masa tinggal dengan tok dan wan, dihantar-diamik kat sekolah dan tusyen, tok dah sediakan minum pagi, makan tengahari, makan malam, tengok tv bertemankan tok dan wan, kalau kena marah pun, dah ada tempat nak ngadu.

Lima tahun aku tinggal bersama bonda, yang kadang-kadang ditemani oleh tok dan wan dari kampung. Kemudian, aku hidup bebas tanpa pemantauan mereka semua, untuk tempoh hampir enam tahun semasa aku melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya. Sebaik graduat, kembali tinggal dengan bonda.

Sekembali tinggal dengan bonda, hubungan kami senantiasa tegang. Ada saje yang tak kena di pandangan mata bonda, lagi-lagi pilihan untuk menjadi kekasih hati dari dulu sampai sekarang. Kongkongan untuk keluar dengan kawan-kawan. Kongkongan untuk berbelanja.

Sekarang ni, bukan setakat itu yang menjadi isu. Malah berbagai-bagai lagi masalah mulai timbul, dan setiap kali terjadinya situasi tegang tu, aku mulai rasa bonda bukan lagi bonda yang sama aku kenali dulu. Apa sahaja yang aku cuba pertahankan diri, lansung tak bermakna apa-apa untuk bonda. Dan secara berlebihan aku pertahankan, bonda mula menuduh aku berperangai kurang ajar.

Pada usia aku ini, tidak ramai anak dara yang masih belum disunting, yang belum lagi berkeluarga. Rata-rata sibuk menguruskan keluarga baru dan dunia baru mereka. Kalau yang ada pun, dalam perjalanan menamatkan zaman bujang dalam tempoh terdekat. Kecuali sorang dua yang masih belum ditemukan jodoh olehNya. Pada usia aku ni juga, ramai yang mula mengukir senyuman atas kebanggaan diri masing-masing, tentang kejayaan mereka, tentang harta mereka tapi tidak aku.

Kadang-kadang aku frust. Kadang-kadang aku sedih. Aku masih tertanya dan dibelenggu dengan persoalan tentang kehidupan aku ini. Tentang kebebasan, jodoh, kerja, harta dan lain-lain.

Hmmm...



2 comments:

  1. hidup adik lebih kurang akak jugak..

    :)

    rasa mcam faham.

    ReplyDelete
  2. takpe kak kalau tak faham pun.
    cuma tak indah pun jadi anak tunggal ;)

    ReplyDelete