Friday, March 11, 2016

Aku dah sah menjadi kekasih halalnya!


Lepas setahun tk update, terus kongsi berita yang kami dah kawen. Yerp! Kami dah kawen! Alhamdulillah. 

Usia hubungan halal kami baru sebulan. Masih banyak lagi yang perlu diterokai, perlu diharungi bersama. Selagi diizinkan Allah, bersama berdua hingga ke hujung nyawa, hingga ke syurga.

Bukanlah dalam tempoh setahun ni, kami merancang. Hanya bermula ketika bulan raya aidiladha haritu, tepatnya Khamis, 24hb September 2015, keluarga si dia datang ke rumah tok untuk merisik. Itupun kalau diikutkan, dah beberapa kali ditunda, namun Alhamdulillah plan berjalan walaupun tak selancar seperti yang sepatutnya. 

Bahagian tunang, kami tak ikut adat sebabnya nak fokuskan yang wajib. 

Asalnya kami berdua merancang untuk bernikah pada 31hb Disember 2015 atau 1hb Januari 2016 tapi keluarga masing-masing rasa terlalu cepat untuk dibuat persiapan dan disebut tarikh baru pada bulan Februari 2016.

Yang sebenar-benarnya, persiapan disediakan oleh aku dan tok sahaja. Yang lain hanya cuma buat-buat ambil tahu. Lebih baik begitu, supaya di kemudian hari, tiada yang mengungkit atau mengambil nama. Hahaha!

Bulan November - dokumen nikah bahagian si dia selesai
Bulan Disember - tempah baju untuk aku dan dia
Bulan Januari - tempah katering & dokumen nikah bahagian aku selesai
Bulan Februari - berlansung majlis wajib

Itu je.

Ada la kot, sikit-sikit detail

Sesi nikah dan majlis makan-makan berlansung pada hari yang sama,tanpa pelamin dan sebarang hiburan. Hanya jemputan seramai 250 orang, famili dan kawan-kawan dia, pengapit aku yang seorang tu dan kawan aku sebagai jurugambar.

Perkara yang terbesar dalam hidup aku, hanya dikongsi bersama mereka. Sikit ralat, sebab ramai kawan-kawan tak dapat hadir, namun aku anggap bukan rezeki aku untuk berkongsi dengan mereka.

Macamana pun, diminta pembaca-pembaca (kalau ada), untuk mendoakan kebahagiaan kami berdua hingga ke syurga.

Terima kasih :)



No comments:

Post a Comment