Thursday, March 17, 2016

liku perkahwinan tika usia sebulan

Dalam kami mengharungi kehidupan suami isteri, pasti adanya cabaran. Seawal minggu pertama, dah pun menghidu cabaran yang bakal dilalui. Antara kewangan, famili, famili mertua dan kerjaya.

Kerjaya.
Awalnya, si dia memohon pertukaran tempat kerja dari Damansara ke Cheras, tapi nasib tak menyebelahi si dia, dan masih kekal di Damansara. Plan yang dirancang sebelum ini, terus bertukar. Sama juga aku, plan untuk berhenti kerja pun tak menjadi. Kekal kerja di sini.

Famili dan mertua.
Awal perkahwinan, kami belum tinggal berasingan dengan famili, Famili masing-masing duduk tak jauh mana. Boleh jalan kaki je. Jadinya, kami ulang-alik tinggal di rumah mertua dan bonda. Mula-mula, sehari di sana, sehari di sini. Lepas tu, 2-3hari sana, 2-3 hari sini. Penat tau. Lagi-lagi, dengan masalah pengangkutan nak ulang alik umah mertua-bonda dan tempat kerja.

Kami pun berpindah awal bulan ni, dekat dengan tempat kerja. 10 minit perjalanan je. Tapi bila dah berpindah, kami lansung tak ada perkakas rumah. Yang ada pun, cuma periuk nasi dan pengisar, hadiah kahwin hari itu. Duit simpanan yang ada, dah digunakan untuk deposit rumah. Jadi untuk buat persiapan rumah, kami beli barang yang penting dulu, dengan keadaan kemampuan kewangan. Rumah sewa pun taklah berkeadaan cantik sangat, jadi banyak lagi yang perlu diperbetulkan dan dikemaskan.

Alhamdulillah, bersyukur dengan kurniaan Allah, kerana bonda lebih lembut dari dulu. Tidak lagi keras hati. Tak kisah untuk membantu serba sedikit secara barangan dan pertolongan. Bukanlah nak membandingkan dengan mertua, tapi aku sedar sebab-sebab mertua tak rasa ingin membantu kami. Lagi-lagi, mertua memang tak gemar kami berpindah. 

Ni baru dapat panggilan yang mertua tengah rindukan si dia. Kononnya malam-malam meratapi rindukan anaknya tu. Bagi aku, ia sejenis drama atau sinetron. Sebab sebelum ni, mertua tak pernah nak kisahkan kebajikan anaknya, dan selalunya mertua gemar menyuruh anaknya yang sorang ni buat kerja. Sekarang, bila anaknya dah pindah keluar, dengan siapa lagi dapat diharapkan. Dengan siapa lagi, dapat meluahkan perasaan.

Aku berterima kasih sangat dengan famili, sebab melepaskan aku dengan rela dan membiarkan aku hidup berdikari sejak awal 20an lagi. Dengan itu, tak adalah drama/sinetron macam sekarang ni.

Harapnya mertua dapat melepaskan si dia secara rela dari hati dan meneruskan hidup bersama suami baru.




No comments:

Post a Comment